BOLEH TEMBAK PENCEROBOH

BOLEH TEMBAK PENCEROBOH


BOLEH TEMBAK PENCEROBOH

Posted: 14 Jul 2014 01:40 PM PDT

BOLEH TEMBAK PENCEROBOH

Isu ceroboh perairan Sabah: Pasukan keselamatan diberi kuasa tembak penceroboh perairan Sabah jika itu boleh halang pencerobohan: Menteri Dalam Negeri

Kangar: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pasukan keselamatan diberi kuasa untuk menembak mana-mana pihak yang didapati menceroboh perairan negara.

"Kerajaan tiada sebarang masalah jika itu (menembak) boleh halang penceroboh daripada memasuki Malaysia," katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) Perlis, di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Panglima Tentera Laut Laksamana, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar yang meminta kerajaan membenarkan pasukan keselamatan menembak mana-mana pihak atau kumpulan yang menceroboh perairan Sabah.

Kenyataan Abdul Aziz itu menyusuli kejadian serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata berat di Pulau Mabul, Semporna pada Sabtu lalu yang mengorbankan seorang anggota Pasukan Polis Marin manakala seorang lagi ditawan.

Penjawat awam kena kerja berpasukan: PM

Posted: 14 Jul 2014 01:37 PM PDT

Putrajaya: Kakitangan awam dalam pelbagai organisasi kerajaan perlu bekerja sebagai satu pasukan supaya pencapaian negara mampu diterjemah ke tahap yang lebih baik, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri menegaskan, kejayaan sesebuah organisasi tidak hanya bergantung kepada individu tertentu, sebaliknya hanya hasil pemuafakatan secara bersama akan membuahkan pencapaian lebih besar.

"Awal pagi tadi (semalam) saya menyertai lebih 20,000 orang di Dataran Merdeka menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia. Pada pendapat saya, kejayaan pasukan Jerman boleh kita simpulkan sebagai kebijaksanaan individu dan komitmen serta kerjasama berpasukan luar biasa.

Pencapaian lebih besar

"Bila kita dapat kumpulkan prestasi individu dalam konteks pemuafakatan sebagai satu unit yang padu dan bekerjasama atas semangat pemuafakatan, maka ia memberi pencapaian lebih besar daripada nilai individu.

"Kalau kita terjemahkan ini pada peringkat organisasi, kita bekerja kuat sebagai satu pasukan, maka pencapaiannya akan diterjemahkan kepada tahap yang jauh lebih baik berbanding bekerja secara individu," katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2013 Perbendaharaan Malaysia di Kompleks Kementerian Kewangan, di sini, semalam.

Najib juga menyampaikan APC kepada 76 penerima, termasuk seorang penerima Anugerah Kecemerlangan Khas Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA).
Hadir sama, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Ahmad Maslan; Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Chua Tee Yong dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Najib berkata, prestasi kerajaan dapat ditingkatkan ke tahap lebih tinggi jika kakitangan bekerja secara berpasukan dan menunjukkan prestasi cemerlang.

Umat Islam disaran hayati ajaran al-Quran

Posted: 14 Jul 2014 01:34 PM PDT

Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan supaya umat Islam terus menghayati ajaran yang terkandung dalam al-Quran serta menjadikan ia sebagai amalan dalam kehidupan.

Timbalan Perdana Menteri dalam perutusannya sempena Nuzul Al-Quran, berkata kesucian dan kesejahteraan yang terkandung dalam al-Quran harus dihayati sepenuhnya dan disebatikan dalam kehidupan supaya Malaysia menjadi negara Islam yang dihormati.

"Marilah kita bersama-sama menghayati Nuzul Al-Quran ini sebagai satu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah.

"Marilah kita mempertingkatkan amal ibadat kita sepanjang bulan Ramadan yang barakah ini di samping menginsafi keadaan umat Islam pada masa ini," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Peristiwa nuzul al-Quran pada 16 Ramadan akan lebih diingati kerana ia adalah peristiwa turunnya al-Quran kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Muhyiddin berkata, al-Quran memberikan umat Islam pedoman dan pemahaman serta mengamalkannya turut disaran, supaya kita terus tabah menghadapi segala ujian Allah.

"Allah SWT menurunkan al-Quran secara berperingkat sehingga akhirnya menjadi sebuah kitab yang syamil dan kamil sehingga mencakupi semua aspek kehidupan.
"Al-Quran menjadi satu-satunya kitab yang intipatinya menjadi rujukan dari mula ayat pertama diturunkan sehinggalah ayat terakhir. Amat penting sekali isi kandungan al-Quran tidak pernah lapuk dan sentiasa sesuai dengan peredaran zaman.

"Sesungguhnya turunnya al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW kali pertama di Gua Hira pada malam Jumaat bertepatan pada, 17 Ramadan iaitu tahun ke-41 daripada keputeraan baginda mesti disyukuri oleh setiap umat Islam lantaran Kitab Suci itu menjadi panduan untuk kita umat Islam menjalani kehidupan sebagai khalifah di muka bumi ini," katanya.

Nasib MB Selangor dijangka ditentukan sebelum Aidilfitri

Posted: 14 Jul 2014 01:32 PM PDT

Petaling Jaya: Nasib Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dijangka ditentukan sebelum Aidilfitri, hujung bulan ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata kemelut itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden yang diadakan dalam tempoh terdekat.

"Kita harapkan sebelum raya nanti akan ada satu mesyuarat Majlis Presiden yang turut membincangkan isu Menteri Besar.

"Majlis Presiden akan memuktamadkan," katanya selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Agung Pakatan di Ibu Pejabat PKR di sini, semalam.

Yang turut hadir, Naib Pengerusi DAP Teresa Kok, Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dan Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.

Serah peringkat tinggi

Ditanya sama ada Majlis Setiausaha Agung Pakatan akan membuat pendirian mengenai krisis politik di Selangor, Mustafa menolak mengenainya.
"Kita tidak bincang mengenai isu ini, kita serah ke peringkat lebih tinggi," katanya yang turut tidak meletakkan tempoh untuk menentukan kedudukan Khalid.

Sementara itu, diminta mengulas pertemuan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Khalid pada Sabtu lalu, katanya, ia hanya pertemuan biasa.

"Itu hanya pertemuan biasa. Kami sudah lama tidak berjumpa. Tiada isu mengenai kedudukan MB atau parti dibincangkan," katanya.

Kaut jutaan ringgit

Posted: 14 Jul 2014 01:25 PM PDT

gambar sebelum  gambar berikut
Foto

Mangsa menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat di Shah Alam, Selangor, semalam. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Foto

Remaja pedaya 300 mangsa skim cepat kaya menerusi FB

Kuala Lumpur: Seorang remaja berusia 19 tahun memperdaya lebih 300 mangsa untuk mengaut keuntungan jutaan ringgit sebulan menerusi skim cepat kaya yang dianjurkan syarikat miliknya.

Syarikat itu dikatakan menawarkan pelbagai pelan pulangan modal dari tujuh hingga 20 hari dengan keuntungan modal pusingan syarikat sebanyak tiga kali ganda daripada modal asal.

Skim cepat kaya itu disyaki turut didalangi beberapa pihak lain dan remaja itu berfungsi sebagai keldai sindiket bagi memperdaya mangsa menerusi Facebook (FB).

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Tiga trak bekalan ubat masuk Gaza melalui Rafah

Posted: 14 Jul 2014 01:23 PM PDT

Tiga trak bekalan ubat masuk Gaza melalui RafahAnggota MALBATT 850-1 melakukan rondaan menggunakan kereta perisai di Kem Marakah, Beirut, Lubnan. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

Kuala Lumpur: Tiga trak yang penuh dengan bekalan ubat-ubatan dibenarkan memasuki Gaza melalui sempadan Rafah kelmarin ketika Israel belum menunjukkan sebarang tanda untuk menghentikan serangan ke atas wilayah konflik yang didiami 1.7 juta warga Palestin.

Bekalan ubat-ubatan dan peralatan perubatan dibeli di Kaherah itu dibawa masuk Kesatuan Perubatan Arab (AMU), yang turut bekerjasama dengan Viva Palestina Malaysia (VPM).

Bantuan kemanusiaan itu inisiatif digerakkan di bawah Persekutuan Persatuan Perubatan Islam (FIMA) yang mempunyai 40 cawangan di serata dunia.

Kita akan menghantar sekurang-kurangnya 10 doktor dan pakar, termasuk pakar otak, tulang dan bius dalam fasa pertama. Fasa kedua akan diikuti doktor dan pakar dari Amerika Syarikat. Mereka akan berada di sana seminggu hingga dua minggu, bergantung kepada keperluan" Dr Musa Mohd Nordin, Pengerusi VPM dan Pengerusi Majlis Penasihat FIMA


Pengerusi VPM yang juga Pengerusi Majlis Penasihat FIMA, Datuk Dr Musa Mohd Nordin, berkata pihaknya mendapat kebenaran khas dari pihak berkuasa Mesir untuk menghantar bekalan perubatan itu.

Katanya, sukarelawan doktor dan pakar FIMA juga kini bersiapsiaga di ibu pejabat AMU di Kaherah untuk memasuki Gaza pada bila-bila masa, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa Mesir.

"Kita akan menghantar sekurang-kurangnya 10 doktor dan pakar, termasuk pakar otak, tulang dan bius dalam fasa pertama. Fasa kedua akan diikuti doktor dan pakar dari Amerika Syarikat.

172 warga Palestin terkorban
"Mereka akan berada di sana seminggu hingga dua minggu, bergantung kepada keperluan," katanya kepada BH ketika mengulas mengenai situasi terkini di Gaza.

BBC melaporkan ribuan warga Palestin mula melarikan diri dari utara Gaza selepas Israel memberikan amaran akan menyerang kawasan itu selepas membedil dan mengebom wilayah konflik itu tanpa henti sejak 8 Julai lalu.

Sehingga petang semalam, 172 warga Palestin terkorban, termasuk 18 sekeluarga terkorban dalam serangan udara rejim zionis Israel, Sabtu lalu.

Kes kecederaan tinggi terutama dalam kalangan orang awam menyebabkan banyak hospital di Gaza sesak dengan pesakit dan kekurangan bekalan ubat-ubatan khasnya bagi keperluan kecemasan dan trauma.

Dr Musa berkata, proses keluar masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah kini diperketatkan dan tertakluk kepada kebenaran pihak risikan Mesir.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilaporkan berkata 77 peratus daripada mangsa serangan adalah orang awam, sekalipun rejim Israel mendakwa pihaknya menyasar kepada tapak pelancar roket, terowong dan gudang senjata Hamas.