Perintah berkurung 4 daerah |
- Perintah berkurung 4 daerah
- Sahabat gugur syahid
- Maut tersedak biji rambutan
- Weigang melampau!
- Bimbing suami dalami Islam
Posted: 16 Jul 2014 12:05 PM PDT Kuala Lumpur: Polis bakal mengumumkan perintah berkurung di empat daerah sepanjang 1,400 kilometer (km) di Pantai Timur Sabah dalam tempoh 48 jam kelak bagi mengekang kemasukan penceroboh asing. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, langkah segera akan diambil dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan di Pantai Timur Sabah khususnya di kawasan panas seperti di Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan, Sabah. Beliau berkata, pihaknya akan menambah 330 anggota polis dan 350 anggota tentera khususnya di pusat peranginan dan kawasan ternakan sangkar ikan bagi meningkatkan keselamatan dan keamanan di kawasan berkenaan. Katanya, aset air bagi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), serta aset udara bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan ditambah dan di kawasan strategik. DARI kiri, Dr Ahmad Zahid, Ketua Pengarah APMM Datuk Mohd Amdan Kurish, Khalid dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada sidang media, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/17 |
Posted: 16 Jul 2014 12:03 PM PDT Gaza: Saya mengenalinya sebagai penjual kurma, namun hubungan kami amat erat, malah saya menganggapnya seperti adik sendiri. Namun, Allah lebih menyayanginya apabila rakan saya itu Ahmad Bala'wi mati ditembak tentera Israel. Apa yang mengejutkan, hanya selepas kematiannya baru saya tahu Allahyarham sebenarnya bukan penjual kurma yang biasa-biasa, kerana dia sebenarnya anggota Briged komando Al-Qassam yang terkenal dengan kehebatan menentang rejim zionis. "Kalau perlukan apa saja, maklumkan kepada saya." Itu kata-kata terakhir arwah kepada saya pada pertemuan kami minggu lalu dan sehari sebelum dia syahid di medan perjuangan. Seolah-olah masih terasa erat pelukannya sebelum kami berpisah. Sehari kemudian, saya diberitahu dia bersama dua lagi rakan terkena bedilan bom dilancarkan tentera Zionis ketika mereka melakukan kawalan sempadan. ORANG ramai mengusung mangsa keluarga Al-Batsh yang terkorban. Gambar kecil, Ahmad Bala'wi.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/17 |
Posted: 16 Jul 2014 12:03 PM PDT Bangi: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas tercekik biji rambutan ketika sedang mengunyah buah berkenaan di rumahnya di Bangi Perdana, semalam. Dalam insiden kira-kira jam 10.45 pagi itu, mangsa Muhammad Rayyan Iman Asri dikatakan tercekik ketika sedang menjamu selera ditemani pembantu rumahnya. Kakak mangsa, Sorfina Batrisyia, 13, berkata, dia yang sedang bersiap di dalam bilik untuk ke sekolah pada sesi petang terkejut apabila pembantu rumahnya itu menjerit memberitahu keadaan menimpa Rayyan Iman. Katanya, dia terus bergegas melihat keadaan adiknya itu yang didapati terbaring dalam keadaan sesak nafas. JENAZAH Muhammad Rayyan Iman dibawa ayahnya untuk disembahyangkan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/17 |
Posted: 16 Jul 2014 11:17 AM PDT Ipoh: Pengurus Perak Datuk Azhar Ahmad yang sebelum ini enggan mendedahkan punca khidmat Karl Heinz Weigang tidak disambung akhirnya membuka mulut menjelaskan sebab sebenar tidak mengambil jurulatih Jerman itu. "Bagaimana kita hendak teruskan khidmatnya jika beliau membuat tuntutan gaji RM90,000 sebulan selain meminta kereta Mercedes serta bonus perlawanan RM10,000 di tempat lawan dan RM5,000 jika menang di Ipoh. "Selepas berbincang dengan Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) dan Menteri Besar, kami membuat keputusan untuk tidak menyambung khidmatnya. "Lagipun beliau dari awal lagi sudah memberitahu hanya akan membantu Perak dalam kancah Liga Super menyebabkan kami terpaksa mencari calon baru," katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/17 |
Posted: 16 Jul 2014 06:52 AM PDT Bukan mudah untuk Betty Banafe mengambil keputusan mengakhiri zaman solonya dengan Bruce Dargus kerana perbezaan budaya dan agama. Bruce berketurunan Inggeris dan Amerika di sebelah ibunya manakala bapanya berdarah Arab dan Lubnan. Bagi wanita berdarah kacukan Arab Yemen dan Jawa ini, cinta bukanlah segala-galanya dan dia tidak mahu Bruce memeluk Islam semata-mata kerana mahu mengahwininya. "Kami hampir tak jadi berkahwin selagi Bruce tidak percaya hanya Allah SWT, Tuhan kita yang satu dan Nabi Muhammad SAW adalah Rasulnya. Saya mahu dia memeluk Islam dengan hati tulus ikhlas dan bersedia menerima adab serta budaya kita barulah saya akan menjadi isterinya, lantas apabila segala persefahaman sudah dicapai barulah saya merelakan diri ini menjadi pasangan hidupnya. "Alhamdulillah rumah tangga kami bahagia dan bertambah bermakna dengan kehadiran anak sulung kami, Julia Claire Dargus yang kini berusia tujuh bulan," katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/17 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |