Pogba buka pintu suku akhir

Pogba buka pintu suku akhir


Pogba buka pintu suku akhir

Posted: 30 Jun 2014 03:36 PM PDT

Brasilia (Brazil) : Tandukan Paul Pogba dan jaringan sendiri pertahanan Joseph Yobo membantu Perancis melangkah ke separuh akhir Piala Dunia selepas menewaskan Nigeria 2-0 di Estadio Nacional, awal pagi ini.

Nigeria yang tidak pernah melepasi pusingan kedua mendominasi perlawanan pada babak pertama namun tidak menghasilkan percubaan berbahaya.

Meskipun tidak banyak memegang bola, pertahanan Perancis berjaya menahan asakan jentera serangan Nigeria yang dikemudi Emmanuel Emenike.

Masuk babak kedua, Perancis mula mendapat rentak selepas penyerang Olivier Giroud yang kurang efektif digantikan dengan pemain sayap Antoine Griezmann pada minit ke-62.

Foto


Karim Benzema hampir menjaringkan gol pada minit ke-70 selepas menerima hantaran dari Griezmann namun Victor Moses menyelamatkan bola dari melepasi garisan gol.


Bagaimanapun Perancis akhirnya memecah kebuntuan dengan jaringan Pogba pada minit ke-79 sekaligus meranapkan impian Super Eagles untuk ke suku akhir buat pertama kali.

Penjaga gol Vincent Enyeama gagal menangani sepakan sudut Mathieu Valbuena dan Pogba menanduk masuk gol mudah untuk memberi gol pendahuluan kepada Perancis.

Yobo kemudian menjaringkan gol sendiri pada minit ke-92 apabila hantaran Valbuena terkena kakinya dan menerjah gawang melepasi Enyeama.

Perancis akan bertemu Jerman atau Algeria dalam saingan suku akhir.

PERANCIS: Hugo Lloris; Mathieu Debuchy, Raphael Varane, Laurent Koscielny, Patrice Evra; Paul Pogba, Yohan Cabaye, Blaise Matuidi, Mathieu Valbuena (Moussa Sissoko, 90th, injury time); Olivier Giroud (Antoine Griezmann, 62nd), Karim Benzema.

NIGERIA: Vincent Enyeama; Efe Ambrose, Joseph Yobo, Kenneth Omeruo, Juwon Oshaniwa; John Obi Mikel, Ogenyi Onazi (Ruben Gabriel, 59th), Victor Moses (Uche Nwofor, 89th); Peter Odemwingie, Ahmed Musa, Emmanuel Emenike.

PENGADIL: Mark Geiger (USA)

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/01

Dua beradik tidak terpisah

Posted: 30 Jun 2014 03:32 PM PDT

Seremban: Remaja orang kelainan upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) sejak 21 Jun lalu akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk ditempatkan di Rumah Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, di sini, selewat-lewatnya Isnin depan.

Yang Dipertua Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) Datin Seri Rosmah Mansor berkata, ia berikutan remaja itu beransur sihat dan mengalami peningkatan berat badan kepada 17.3 kilogram berbanding 15 kilogram ketika dimasukkan ke HTJ.

"Selama 10 hari dirawat, HTJ memberikan disiplin perubatan kepada Muhammad Firdaus iaitu pemeriksaan mata, telinga dan kulit selain makanan berprotein tinggi, karbohidrat dan kalsium untuk kesihatannya," katanya selepas melawat remaja terbabit di HTJ, di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan timbalannya Datin Paduka Chew Mei Fun serta Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman.

Foto

ROSMAH menyerahkan sumbangan kepada Muhammad Firdaus di HTJ.


Sempena Ramadan ini, beliau menyampaikan sepasang baju Melayu berwarna biru dan songkok kepada Muhammad Firdaus dan RM2,000 termasuk RM1,000 sumbangan peribadi suaminya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/01

Aksi ganas terlampau

Posted: 30 Jun 2014 03:31 PM PDT

Kuala Terengganu: Berang kerana isterinya mahu bekerja di Kuala Lumpur, seorang lelaki hilang pertimbangan apabila tergamak membaling mesin pengisar ke arah tengkuk isterinya itu sehingga cedera dan mungkin lumpuh dalam kejadian di Gong Badak, di sini, kelmarin.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 30-an menghubungi abangnya jam 8 malam dan meminta mengambil anaknya di rumahnya.

Katanya, sebaik menerima panggilan itu, abang mangsa berusia 38 tahun dan tinggal di Kuala Berang, segera ke Kuala Terengganu untuk menjemput anak saudaranya.

"Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, anak mangsa menghubungi bapa saudaranya dan memaklumkan ibunya sudah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas bergaduh dengan bapanya.

Foto

LELAKI berusia 34 tahun direman selama empat hari selepas mencederakan isterinya.


"Terkejut dengan kejadian menimpa adiknya, si abang segera ke HSNZ, Kuala Terengganu sebelum dinasihatkan pihak hospital membuat laporan polis memandangkan kecederaan dialami adiknya serius," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/01

Karya menarik, mudah dinikmati

Posted: 30 Jun 2014 07:35 AM PDT

Pertama kali mendengar lagu Video Games yang menjadi lagu latar drama TV popular Gossip Girls, halwa telinga terus tertangkap melodinya yang unik dan vokal Lana Del Rey yang menarik.

Sebahagian besar peminat Lana Del Rey atau nama penuhnya, Elizabeth Woolridge Grant, 28, mungkin lebih mengenalinya menerusi lagu hit Summertime Sadness atau Born to Die yang dipetik daripada album Born to Die.

Hakikatnya pada 2010, penyanyi kelahiran kota New York, Amerika Syarikat (AS) itu sudah tampil dengan album sulung berjudul Lana Del Rey.

Hanya dua tahun selepas itu barulah namanya dikenali di persada dunia. Dengan muzik disadur elemen klasik dan jazz, penyanyi ini mudah mendapat tempat dalam kalangan peminat muzik berkenaan.

Foto

LANA Del Rey mempunyai tarikan tersendiri.


Bergelar penyanyi dan penulis lagu, dia antara yang dilihat bakal bersinar hebat.


Tekaan itu tepat apabila menerusi album Born to Die pada 2012, namanya terus mendadak naik dan album terbabit berjaya menduduki tempat kedua carta album Billboard 200 di AS.

Lebih terarah kepada muzik yang sarat dengan kesedihan dan liriknya banyak menyentuh realiti hidup menjadikan karyanya begitu menarik serta mudah dinikmati.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/01