Cekik mati suami kekasih |
- Cekik mati suami kekasih
- Ramadan sayu tanpa ayah
- Bedil apek
- Tamparan 'halimunan'
- Ligat berniaga demi anak
Posted: 02 Jul 2014 12:55 PM PDT Sabak Bernam: Seorang lelaki sanggup membunuh suami kenalan wanitanya semata-mata selepas hubungannya dengan isteri mangsa terbongkar. Malah, mayat mangsa yang dibunuh dengan cara dicekik itu dibuang ke dalam parit cetek di Jalan Haji Omar, Kampung Banting, di sini 23 Jun lalu. Mayat mangsa ditemui anaknya sendiri yang kebetulan melalui jalan berkenaan untuk ke kedai, jam 8.30 pagi keesokan harinya. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 44 tahun keluar dari rumahnya kira-kira jam 9 malam dipercayai untuk berjumpa suspek yang menjalin hubungan sulit dengan isterinya. NOOR Mushar (dua dari kanan) menunjukkan kereta dipercayai tempat mangsa dicekik sampai mati.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/03 |
Posted: 02 Jul 2014 12:48 PM PDT Putrajaya: "Ini tahun kedua kami menyambut Ramadan tanpa ayah di sisi, sebelum ini ayahlah orang yang paling sibuk menguruskan keperluan kami sepanjang bulan puasa, selain ibu... namun kini semua tinggal kenangan dan semua terpaksa dilakukan sendiri," luah murid Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya 8(1), Alya Adriana Abdul Rahman, 12. Pemergian ayahnya secara tiba-tiba ketika bersujud menyebabkan dia dan tiga lagi adiknya yang masih kecil hilang tempat bergantung dan bermanja dalam sekelip mata. Alya Adriana berkata, kehilangannya ayahnya dirasai terutama pada peringkat awal, malah ibunya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur juga tertekan. "Kehidupan memang agak susah selepas ayah tiada, namun kami bernasib baik kerana saudara mara sentiasa menghulurkan bantuan kepada ibu dan kami empat beradik. MURID dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya 8(1) selepas menerima bantuan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/03 |
Posted: 02 Jul 2014 12:46 PM PDT Melaka: Sepasang suami isteri nyaris maut selepas ditembak tiga das oleh seorang lelaki di depan rumah mereka di Taman Kasturi, Semabok, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 7.15 malam, Yoong Hee Kian, 71, bersama isterinya Cheng Kwi Chu, 68, yang baru pulang ke rumah mereka ternampak dua lelaki berada di luar pagar dengan seorang daripadanya memegang pistol. Menurut Yoong, ketika kejadian, isterinya baru membuka pintu jeriji rumah manakala dia baru hendak keluar dari kereta apabila didatangi dua lelaki terbabit. "Ketika hendak keluar kereta saya menoleh ke belakang dan ternampak seorang lelaki dengan pistol di tangan lalu menjerit memanggil isteri supaya masuk semula ke dalam kereta. IMEJ dua lelaki bertopi keledar menaiki motosikal dan melepas tembakan di hadapan rumah Yoong yang dirakam CCTV.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/03 |
Posted: 02 Jul 2014 09:32 AM PDT Teresopolis, Brazil: Seperti biasa Neymar, pemain paling kreatif dalam skuad Brazil dan dikenali di seluruh negara serta atlet yang menerima bayaran tertinggi, mendominasi tajuk utama akhbar. Jika tidak dia, Oscar atau Thiago Silva dan juga David Luiz pasti mendapat perhatian. Bagaimanapun, pemain yang memainkan peranan penting adalah Luiz Gustavo dan ketiadaannya akibat penggantungan pada perlawanan Sabtu ini di peringkat suku akhir Piala Dunia menentang Colombia bakal memberi tamparan hebat buat tuan rumah. "Saya lebih suka membiarkan kemasyhuran terarah kepada pemain yang lebih popular. LUIZ Gustavo
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/03 |
Posted: 02 Jul 2014 06:31 AM PDT Meskipun sudah setahun ibu tercinta, Che Ruhani Che Hassan kembali ke rahmatullah pada 27 Mei tahun lalu, namun kenangan bersamanya masih segar dalam ingatan dramatis jelita, Syazira Shuhaimi atau mesra dengan panggilan Eira Syazira. Apatah lagi, tanggal 29 Jun lalu yang juga menjadi hari pertama umat Islam di negara ini menjalani ibadat puasa, Eira, 30, turut memaklumkan tarikh itu adalah hari lahir ibunya yang ke-62. Katanya, perasaan sedih kerana kehilangan orang tersayang dalam hidup terutama ibu memang sukar digambarkan. Menurut isteri kepada pelakon Azad Jazmin ini, dia percaya hanya individu yang pernah kehilangan ibu dapat merasai perasaan sedih dialaminya itu. EIRA bahagia di samping suami dan anaknya ,Amarra Sofea Rose.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/03 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |