BUFET RAMADAN JUAL ARAK |
- BUFET RAMADAN JUAL ARAK
- SKMM pantau laman web ajak ummah jadi pejuang
- Gelandangan gaji bawah RM900 hubungi 15999
- 'Gerak Khas' selamatkan keluarga
- Usaha 'tekan' MB Selangor gagal
- Bayar gaji RM52 sejam
Posted: 07 Jul 2014 02:42 PM PDT Pengurusan premis buat promosi tanpa sijil halal, upah pekerja Islam Kuala Lumpur: Sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng, di sini, yang mempromosi bufet Ramadan, dikesan turut menjual minuman keras kepada pengunjung. Kegiatan itu terbongkar selepas Bahagian Hab Halal JAKIM menerima aduan orang ramai dan anggota penguat kuasa yang diketuai Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Muhammad Khalid Othman, melakukan pemeriksaan mengejut di restoran itu pagi semalam. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
SKMM pantau laman web ajak ummah jadi pejuang Posted: 07 Jul 2014 02:39 PM PDT Kuala Berang: Kementerian Multimedia dan Komunikasi sedang memantau laman web dan blog yang mengajak umat Islam di negara ini berjihad di Iraq dan Syria. Timbalan Menterinya, Datuk Jailani Johari, berkata kementeriannya menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang memantau perkembangan ini serta berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan tawaran jihad itu. Bantu PDRM "SKMM akan membantu jika diminta oleh PDRM dan mana-mana agensi untuk menyiasat berhubung wujudnya laman web dan blog yang menawarkan orang ramai menjadi pejuang di Iraq dan Syria," katanya selepas Majlis Penyampaian Program Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah (BKKN 2.0) Peringkat Risda Daerah Hulu Terengganu, di sini, semalam. Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dan Pengarah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Rusly Yaacob. "Kita tidak perlu terbabit dengan perkara yang tidak elok. Apa perlu kita campur tangan dengan apa yang berlaku di Iraq dan Syria? Mengenai pencarian pesawat MH370, beliau yang juga Pengerusi Komunikasi dan Media operasi pencarian pesawat malang itu, meminta rakyat supaya tidak terpengaruh dengan laporan media asing yang tidak tepat dan membuat pelbagai spekulasi mengenainya. |
Gelandangan gaji bawah RM900 hubungi 15999 Posted: 07 Jul 2014 02:36 PM PDT Putrajaya: Gelandangan yang ada pekerjaan tetapi dibayar gaji kurang daripada kadar minimum RM900 sebulan, diminta membuat aduan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Talian Nur 15999. Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata kementeriannya akan memanjangkan aduan itu kepada Kementerian Sumber Manusia untuk tindakan susulan. Perlu patuh gaji minimum "Kerajaan sudah menguatkuasa pelaksanaan gaji minimum dan kita mahu majikan patuh," katanya mengulas tindakan beberapa majikan yang tidak bertanggungjawab menindas gelandangan dengan menafikan hak mereka mendapat gaji minimum RM900 sebulan. Rohani berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Yayasan Gerakan Tindakan Afirmatif Baharu (NAAM) di sini, semalam. Antara lain, kata Rohani, bantuan akan disalurkan menerusi program di bawah 1AZAM, iaitu Azam Niaga untuk membantu wanita, termasuk ibu tunggal yang berdaftar dengan yayasan itu. Anjung Singgah Dalam perkembangan lain, beliau berkata, bantuan penginapan dua minggu di Anjung Singgah yang disediakan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) sudah memberi kemudahan kepada kira-kira 1,560 gelandangan setakat ini. "Biasanya, selepas dua minggu mereka akan berhasil mencari tempat tinggal sendiri. Daripada jumlah itu, 735 gelandangan sudah mendapat kerja melalui program pemadanan kerja yang dilaksanakan kementerian. "Ada antara mereka yang sudah bekerja sebagai pengawal keselamatan, pekerja am, hotel dan pasar raya," katanya. |
'Gerak Khas' selamatkan keluarga Posted: 07 Jul 2014 02:32 PM PDT Pengalaman Yusof Haslam guna pistol takutkan tiga perompak Kuala Lumpur: Pengalaman melakonkan watak pegawai kanan polis dalam drama bersiri Gerak Khas, digunakan sepenuhnya oleh penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam untuk menyelamatkan keluarganya ketika dirompak tiga lelaki bertopeng di rumahnya awal pagi semalam. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Usaha 'tekan' MB Selangor gagal Posted: 07 Jul 2014 01:59 PM PDT Shah Alam: Usaha menekan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor masih gagal walaupun pelbagai cara digunakan, termasuk penggunaan media sosial Whatsapp. Terbaru, penyebaran berita menggunakan Whatsapp sejak kelmarin yang mendakwa calon Timbalan Presiden PKR terbabit akan menghadap Sultan Sultan untuk meletakkan jawatan semalam. "Jadi berita itu tidak benar," katanya kepada sekumpulan pemberita yang menunggunya di Bangunan Darul Ehsan di sini, semalam. Ditanya sama ada itu adalah satu serangan peribadi terhadapnya, Abdul Khalid hanya menjawab ia tidak penting kerana cerita berkenaan tidak benar. Tindakan buang masa "Tidak mengapalah. Maknanya orang yang menyebarkan itu (mesej berkenaan) buang masa dialah," katanya. "Tak apalah. Bulan puasa saya tak boleh cakap benda yang tak betul," katanya. Penyebaran mesej mengenai peletakan jawatan Abdul Khalid itu dikesan malam kelmarin yang menyebut Abdul Khalid dijangka menghadap Sultan Selangor pada jam 9 pagi semalam bagi menyerahkan surat peletakan jawatan. Mesej yang menyatakan ia dari 'sumber media' menyatakan satu sidang media khas akan diadakan selepas itu. Media berkampung Penyebaran mesej berkenaan menyebabkan petugas media berkumpul di hadapan tiga Istana Selangor di Istana Bukit Kayangan dan Istana Mestika di sini serta Istana Alam Shah di Klang, seawal jam 8.30 pagi. Bagaimanapun, selepas menunggu dua jam, petugas media beransur ke Bangunan Darul Ehsan di mana Abdul Khalid dikatakan menghadiri mesyuarat sebelum satu lagi mesej dengan menggunakan aplikasi Whatsapp, kononnya berita terkini (flash) daripada agensi Berita Nasional (BERNAMA) yang menyatakan Abdul Khalid sudah meletakkan jawatan. Mesej yang disebarkan itu juga menyebut EXCO Selangor, yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad 'dijangka mengangkat sumpah jawatan pada jam 2 petang'. |
Posted: 07 Jul 2014 01:57 PM PDT Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad amifaiz@bh.com.my Sindiket tawar kerja di Asia Barat terbongkar selepas 256 mangsa buat laporan Kuching: Bayaran kira-kira �12 (RM52) sejam! Itu jumlah gaji ditawarkan sindiket bagi tujuan memperdayakan sekumpulan penduduk di sini, bagi mendapatkan pekerjaan di Asia Barat, terutama Qatar. Berdasarkan modus operandi digunakan, sindiket terbabit mendakwa boleh membantu penduduk mendapatkan pekerjaan dalam sektor minyak dan gas dengan tawaran gaji lima angka, selain pelbagai kemudahan lain, termasuk tiket penerbangan, tempat tinggal dan bonus. Minta yuran RM350 Bagaimanapun, mana-mana individu yang mahu menggunakan perkhidmatan mereka perlu membayar RM350 seorang sebagai yuran perkhidmatan yang akan dikembalikan bersama wang belanja RM20,000 sekiranya berjaya memperoleh pekerjaan di negara terbabit. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |