Sentuhan dunia Gotze |
- Sentuhan dunia Gotze
- Sampai hati ibu!
- 2 mesej selamat tinggal
- Maut terjatuh tingkat 10
- Bintangi drama istimewa Aidilfitri
Posted: 13 Jul 2014 04:07 PM PDT Rio de Janeiro (Brazil): Jaringan tunggal Mario Gotze di masa tambahan bawa Jerman muncul juara piala dunia edisi ke-20 selepas menumpaskan Argentina, di Stadium Maracana, awal pagi ini. Jerman memperoleh gol emas pada minit ke-113, apabila Gotze mendada bola selepas menerima hantaran silang daripada Schurrle sebelum menguis masuk dan menumpaskan Romero. Argentina beraksi di final selepas kali terakhir melakukannya pada 1990, ketika mereka tewas 1-0 di tangan Jerman Barat manakala Jerman kali terakhir pada final 2002, tumpas di tangan Brazil 2-0. Jerman memulakan babak pertama masa tambahan dengan baik apabila Schurrle berjaya melepasi benteng Argentina dan melakukan tolakan tetapi ditampan Romero. FOTO Agensi
Argentina nampak lebih berbahaya pada 45 minit pertama dan penyerang, Gonzalo Higuain adalah antaranya. Penyerang Napoli itu gagal memanfaatkan peluang untuk meletakan Argentina di depan pada minit ke-21 apabila rembatannya tersasar jauh dari gawang Jerman walaupun hanya berdepan Neuer. Jerman dan Argentina menurunkan kesebelasan utama tanpa melakukan sebarang pertukaran - barisan yang diturunkan pada pertembungan separuh akhir - dengan Di Maria tidak beraksi selepas mengalami kecederaan paha ketika Argentina menumpaskan Belgium 1-0, padsa perlawanan suku akhir. Pemain tengah Benfica, Enzo Perez akan menggantikan Di Maria dan beraksi bersama Javier Mascherano dan Lucas Biglia. Jurulatih Argentina, Alejandro Sabella nampaknya terus memberi kepercayaan kepada barisan depan yang sama diketuai Lionel Messi yang diapit Gonzalo Higuain dan Ezequiel Lavezzi. Jurulatih Jerman, Joachim Loew pula masih menamakan kesebelasan utama ketika memalulam Brazil 7-1 di separuh akhir. JERMAN: Manuel Neuer, Philipp Lahm, Jerome Boateng, Mats Hummels, Benedikt Hoewedes, Bastian Schweinsteiger, Christoph Kramer (Andre Schuerrle), Thomas Mueller, Toni Kroos, Mesut Ozil, Miroslav Klose. ARGENTINA: Sergio Romero, Pablo Zabaleta, Martin Demichelis, Ezequiel Garay, Marcos Rojo, Lucas Biglia, Javier Mascherano, Enzo Perez, Gonzalo Higuain (Palacio), Lionel Messi, Ezequiel PENGADIL: Nicola Rizzoli (Itali) Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14 |
Posted: 13 Jul 2014 03:34 PM PDT Tasek Gelugor: Sejak bapa mereka meninggal dunia dua tahun lalu akibat strok, kehidupan enam adik beradik berusia lima hingga 22 tahun itu hanya bergantung serta menumpang kasih dengan ibu kandung. Bagaimanapun, kasih sayang ibu rupa-rupanya tidak bertahan lama apabila wanita terbabit meninggalkan semua anaknya sejak enam bulan lalu selepas berkahwin dengan seorang lelaki awal tahun lalu. Lebih memeritkan apabila wang pencen arwah bapa mereka yang bekerja di Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membiayai keperluan rumah serta membayar yuran persekolahan tidak pernah mereka rasai. Sebaliknya, wang pencen yang menjadi hak mereka dihabiskan ibu bagi menampung keperluan suami baru yang tidak bekerja. SHABUDIN bertanya khabar Noor Hamizah (kiri) serta adiknya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14 |
Posted: 13 Jul 2014 03:25 PM PDT Semporna: Dua mesej terakhir dihantar suami Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, sejam sebelum ditembak mati menjadi tanda kenangan sedih seumur hidup buat Salamah Amad, 26. Mesej itu bertanyakan mengenai anak lelaki tunggal mereka, Khairine Zafran yang berusia setahun pada 26 Julai ini dan satu mesej lagi bertanya mengenai Salamah. 'Tidur sudah Khairine' dan 'sayang buat apa' itu diterima Salamah jam 10 malam dan lebih dua jam selepas itu dia menerima khabar suami dikahwini pada 2008 itu terbunuh dalam serangan hendap di Water Bungalow Resort, Pulau Mabul. Kata Salamah, perkhabaran itu umpama mimpi kerana tidak langsung menyangka suaminya itu akan meninggalkan mereka dua beranak terlalu cepat. Salamah menunjukkan mesej dihantar Rajah sebelum ditembak mati, semalam. JENAZAH Rajah dihantar ke Hospital Tawau untuk dibedah siasat.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14 |
Posted: 13 Jul 2014 03:19 PM PDT Kuala Lumpur: Penduduk di Taman Usahawan, Kepong, di sini, gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki dipercayai terjatuh dari rumahnya di tingkat 10 taman perumahan itu, awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, polis menerima panggilan awam jam 3.30 pagi dan mendapati mangsa sudah tidak bergerak. Katanya, pegawai perubatan yang tiba juga mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan mayat dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat. "Mangsa seorang lelaki berusia 24 tahun, masih bujang dan tinggal bersama keluarga di Blok B, Fortune Avenue, Taman Usahawan Kepong. MAYAT mangsa dipercayai terjatuh dari rumahnya di tingkat 10. Gambar kecil, mangsa.
|
Bintangi drama istimewa Aidilfitri Posted: 13 Jul 2014 11:21 AM PDT Meskipun cukup sinonim melakonkan watak antagonis, ia tidak bermakna pelakon jelita, Ramona Zamzam sudah berasa cukup selesa. Sebagai pelakon, Ramona sentiasa berusaha menjadikan dirinya versatil. Tidak hanya terikat dengan sisi watak hitam semata-mata, anak sulung daripada dua beradik yang fasih berbahasa Mandarin ini memaklumkan dia juga banyak melakonkan watak baik dalam drama dibintanginya. Cuma, mungkin lakonan itu kurang menyerlah. Ramona berkata, watak baik dilakonkan itu masih belum mampu menandingi karakter hitamnya. Katanya, memang peminat cukup mengenalinya sebagai pelakon antagonis dan dalam diam dia mengidamkan watak psiko.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |