Doa buat Shalwati |
- Doa buat Shalwati
- Gaza bermandi darah
- Tukar permaidani meragukan
- Kesal tak guna khidmat Krul
- Belum temui calon suami
Posted: 10 Jul 2014 01:33 PM PDT Kuala Lumpur: "Alhamdulillah dia (isteri) nampak sihat, tak sakit dan boleh berpuasa dengan baik. Gembira bila dapat tengok dia dan berbual selepas kali terakhir berjumpa ketika hukuman dijatuhkan. "Dia juga sempat tinggalkan pesan kepada anak-anak supaya belajar bersungguh-sungguh, jaga diri, doakan dia sihat dan dapat pulang ke Malaysia," kata Azizul Raheem Awalludin selepas bertemu isterinya Shalwati Norshal di penjara Hinseberg di Frovi, Sweden. Dalam pertemuan selama satu jam yang diaturkan kedutaan Malaysia di sana, mereka sempat bertanya khabar masing-masing dengan Azizul diiringi dua pegawai penjara yang turut sama dalam pertemuan itu. "Kami berbual pada jarak yang terhad. Namun itu sudah cukup kerana yang penting saya nampak dia sihat, emosi pun bagus. AZIZUL tiba di tempat letak kereta penjara Hinseberg di Frovi, Sweden untuk bertemu isterinya sebelum pulang ke Malaysia dalam masa terdekat. AZIZUL berdiri di luar pintu pagar penjara ketika dia dibebaskan, baru-baru ini.
Bagaimanapun, Shalwati hanya akan dibebaskan September ini atas kesalahan sama. Pada 28 Mac lalu, Mahkamah Daerah Solna di Stockholm di Sweden menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadap Azizul Raheem dan 14 bulan terhadap Shalwati bagi kesalahan mengasari serta mencabuli integriti anak-anak mereka. Berikutan penahanan pasangan itu, empat anak mereka diletakkan di bawah jagaan sementara keluarga angkat bukan Islam di Sweden sebelum dibawa pulang ke Malaysia hasil kerjasama Wisma Putra dan pihak berkuasa Sweden. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/11 |
Posted: 10 Jul 2014 01:32 PM PDT Baitulmaqdis: Israel semalam meningkatkan lagi serangan udara di Gaza dengan mensasarkan ratusan lokasi Hamas semalam. Penduduk Palestin berkata, antara yang terbunuh dalam serangan baru itu ialah lapan anggota keluarga selepas rumah mereka turut dibom. Jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Peter Lerner berkata lebih 320 sasaran Hamas dibedil sepanjang malam semalam. Tumpuan utama ialah rangkaian terowong bawah tanah serta tapak pelancar roket kumpulan pejuang. Ia menjadikan keseluruhan sasaran yang dibom kepada 750 dalam masa tiga hari serangan besar-besaran dilancarkan. BAPA saudara kepada Yasmeen Al Motawaq, 4, yang terbunuh membawa jenazah kanak-kanak terbabit untuk dikebumikan di Jabaliya. ASAP berkepul di kawasan yang dibedil rejim Zionis. SEORANG wanita Palestin membawa anaknya yang cedera ke hospital.
Jurucakap tentera Zionis itu juga berkata, pihaknya sudah menggerakkan 20,000 anggota pasukan simpanan bagi kemungkinan melancarkan operasi darat di Gaza. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/11 |
Posted: 10 Jul 2014 01:32 PM PDT Kuantan: Kontraktor yang bertanggungjawab membina Masjid Lapang Besar di Jalan Tun Ismail, di sini, akan menukar permaidani ruang utama solat di masjid berkenaan yang tertera kalimah Allah selain lambang salib. Ia susulan mesyuarat antara Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz dan wakil syarikat pemaju, baru-baru ini. Pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Abdul Zaki Mat Zin berkata, kontraktor terbabit diberikan tempoh sebulan untuk melakukan kerja penggantian itu bagi membolehkan JAIP mengeluarkan sijil layak menggunakan masjid berkenaan. Beliau berkata, siasatan sebelum ini mendapati permaidani di ruang utama solat berwarna kelabu mempunyai corak tertera tulisan Allah selain lambang salib. CORAK permaidani yang menimbulkan keraguan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/11 |
Posted: 10 Jul 2014 12:55 PM PDT Sao Paulo: Jurulatih Belanda Louis van Gaal kesal kerana tidak dapat menggunakan penjaga gol yang disifatkan sebagai pakar penyelamat penalti, Tim Krul pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia yang menyaksikan mereka tewas penentuan sepakan penalti 4-2 kepada Argentina awal pagi semalam. Jasper Cillessen tidak pernah menyelamatkan sepakan penalti sepanjang karier profesional dan gagal menyelamatkan keempat-empat sepakan penalti Argentina selepas Ron Vlaar dan Wesley Sneijder gagal menyempurnakan sepakan masing-masing. Belanda menumpaskan Costa Rica menerusi penentuan sepakan penalti di peringkat suku akhir selepas Van Gaal membawa masuk penjaga gol simpanan Krul khusus untuk menyelamatkan sepakan penalti dan dia berjaya menyekat dua percubaan. Bagaimanapun, Van Gaal sudah menggunakan ketiga-tiga pertukaran pemain ketika menentang Argentina, termasuk mengeluarkan penyerang yang kepenatan, Robin van Persie pada masa tambahan. Justeru, Cillessen perlu terus kekal di dalam padang selepas perlawanan tamat 0-0.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/11 |
Posted: 10 Jul 2014 08:25 AM PDT Gara-gara gosip bercinta dengan kerabat diraja, nama penyanyi muda yang digilap dari program realiti popular Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Lufya kembali meraih perhatian peminat di persada hiburan tanah air. Lebih panas lagi, penyanyi yang turut berkecimpung dalam bidang lakonan ini dikatakan mampu hidup selesa dan mewah hasil tajaan seseorang. Justeru, pada sesi fotografi yang diatur RAP sempena Ramadan, baru-baru ini, Lufya tampil untuk merungkai segala gosip panas yang dikaitkan dengannya. Bagi pemilik nama sebenar Lutfyah Sheikh Omar, 29, dia menafikan dirinya hidup mewah hasil tajaan seseorang seperti yang diperkatakan ramai itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/11 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |