Messi bikin Swiss putih mata

Messi bikin Swiss putih mata


Messi bikin Swiss putih mata

Posted: 01 Jul 2014 01:23 PM PDT

Sao Paulo (Brazil): Angel Di Maria menjadi wira apabila mejaringkan gol masa tambahan hasil umpanan Lionel Messi untuk menempah tiket suku akhir buat Argentina selepas menumpaskan Switzerland 1-0 di Arena de Sao Paulo awal pagi ini.

Di Maria merembat masuk gol kemenangan pada masa kedua masa tambahan selepas perlawanan 90 minit seri 0-0, menerusi gerakan pantas Messi yang melancarkan serangan balas sebelum membuat hantaran kepada Di Maria.

Blerim Dzemaili hampir menyelamatkan Switzerland dengan gol penyamaan beberapa minit selepas itu namun tandukannya terkena tiang dan Argentina bertahan sehingga wisel penamat.

Messi menjadi nadi serangan Argentina seawal sepak mula dan menghasilkan banyak percubaan berbahaya namun penyudah Gonzalo Higuain tumpul di depan gawang.

Foto


Switzerland yang kali terakhir ke suku akhir pada 1954, hampir mendapatkan gol pendahuluan apabila pemain lincah Xherdan Shaqiri menghantar bola kepada Josip Drmic namun cubaan melambung bola berjaya diselamatakan Sergio Romero.


Masuk babak kedua, Argentina mendapat rentak dan mendominasi permainan namun gagal menumpaskan penjaga gol Swiss, Diego Benaglio yang beraksi cemerlang menyelamatkan beberapa cubaan.

Perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan dan beberapa minit sebelum penentuan penalti, Di Maria menyudahkan peluang untuk mengecewakan Switzerland.
Argentina akan bertemu Belgium atau Amerika Syarikat di pusingan suku akhir.

ARGENTINA: Sergio Romero; Pablo Zabaleta, Federico Fernandez, Ezequiel Garay, Marcos Rojo (Jose Maria Basanta, 105'); Fernando Gago (Lucas Biglia, 106'), Javier Mascherano, Angel Di Maria; Ezequiel Lavezzi (Rodrigo Palacio, 74'), Lionel Messi, Gonzalo Higuain.

SWITZERLAND: Diego Benaglio; Stephan Lichtsteiner, Johan Djourou, Fabian Schar, Ricardo Rodriguez; Valon Behrami, Gokhan Inler, Xherdan Shaqiri, Granit Xhaka (Gelson Fernandes, 66'); Admir Mehmedi (Blerim Dzemaili, 113'), Josip Drmic (Haris Seferovic, 82').

PENGADIL: Jonas Eriksson (SWE)

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/02

Hidayah selepas sahur

Posted: 01 Jul 2014 07:16 AM PDT

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara jelita Noorneelofa Mohd Noor tampil dengan wajah baru apabila nekad berhijab selepas bersahur pada hari pertama Ramadan, kelmarin.

Noorneelofa yang mesra dengan panggilan Neelofa ketika dihubungi bersyukur kerana apa yang dia inginkan selama ini dapat juga direalisasikan dengan sempurna.

"Walaupun pernah terbit rasa ragu tapi inilah yang saya ingin dan syukur ruang itu diberikan dengan baik untuk saya berhijab," katanya

Pengacara program Nona dan MeleTop itu turut menyifatkan penghijrahannya itu adalah ikhlas dan tiada paksaan.

Foto


"Insya-Allah ini adalah diri saya sekarang dan Neelofa yang baru. Saya berharap dan yakin peminat akan menerima saya seadanya malah mereka adalah pemberi semangat buat saya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/01

Sembelih budak sebelum berbuka

Posted: 01 Jul 2014 03:41 AM PDT

Beluran: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat maut dikelar oleh bapa saudarnya menggunakan parang pemotong daging dalam kejadian di sebuah restoran di Kampung Gambaron Telupid, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa Mohamad Khairul Abdullah, 4, yang mengalami cedera parah di bahagian leher kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Telupid, dekat sini, untuk rawatan lanjut namun gagal diselamatkan.

Difahamkan, ketika kejadian itu, mangsa bersama ahli keluarganya termasuk bapa saudara mangsa (suspek) sedang menunggu waktu untuk berbuka puasa di restoran makanan terbabit yang juga milik ibu mangsa.

Bagaimanapun, suspek dikatakan memanggil mangsa (Mohamad) lalu membawanya ke bahagian belakang restoran sebelum bertindak mengelar leher mangsa dengan menggunakan sebilah parang pemotong daging yang diambilnya di dalam restoran berkenaan.

Foto

LOKASI kejadian mangsa dikelar bapa saudara. FOTO Fieza Fariez


Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan V Sivanathan berkata, pihaknya yang menerima panggilan berkenaan kejadian itu kira-kira jam 7 malam itu kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan suspek berusia 23 tahun berjaya diberkas.


Sivanathan berkata, polis tidak mengetahui punca suspek bertindak sedemikian kerana suspek tidak ada pergaduhan atau marah dengan sesiapa di restoran berkenaan dan dipercayai suspek mengalami masalah mental.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Duchees of Kent Sandakan, dekat sini untuk bedah siasat.

"Manakala suspek direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/01

Mujur ada Özil

Posted: 30 Jun 2014 04:20 PM PDT

Porto Alegre (Brazil): Jaringan Andre Schuerrle dan Mesut Ozil dalam masa tambahan bantu Jerman ke suku akhir selepas menumpaskan Algeria 2-1, pada saingan kalah-mati 16 pasukan, di Stadium Beira Rio, awal pagi ini.

Kemenangan itu bermakna Jerman akan bertemu Perancis - menang 2-0 ke atas Nigeria - di suku akhir pada 12 tengah malam, Sabtu 5 Julai.

Jerman yang terpaksa berhempas pulas untuk mengatasi Algeria memperoleh gol yang dicari selepas dua minit babak pertama perlawanan masa tambahan bermula menerusi Schurrle.

Ozil kemudian menambah jaringan Jerman pada minit ke-120 sebelum Djabou menjarakkan kedudukan seminit kemudian.

Foto

FOTO Reuters


Penyerang Chelsea yang masuk menggantikan Mario Goetze pada babak kedua, menguis ke belakang dengan kaki kirinya yang mengelirukan penjaga gol Algeria.


Algeria berjaya merempuh pertahanan Jerman pada minit kesembilan menerusi Islam Slimani manakala serangan bertali arus lawan membuatkan Neuer terpaksa keluar beberapa kali dari gawangnya untuk menyelamatkan keadaan.

Pada minit ke-17, penyerang Sporting Lisbon itu sekali lagi memperoleh peluang dan percubaan Slimani singgah di jaring Jerman tetapi gol itu tidak dikira.

Peluang terbaik Jerman pada babak pertama apabila penjaga gol Algeria, Rais Mbolhi menampan rembatan pemain dan bola muntah iu kemudian dirembat sekali lagi oleh Mario Goetze tetapi ditampan dengan kaki.

Semua itu berlaku hanya selepas hampir 20 minit kubu Jerman diserang barisan depan Algeria.

Pemainan keseluruhan tamat tanpa sebarang jaringan dan kedua-dua pasukan terpaksa betarung tambahan 30 minit untuk penentuan ke suku akhir.

Bagaimanapun, kedua-dua babak mempamerkan drama mendebarkan dengan kedua-dua pasukan berupaya melakukan percubaan bahaya.

Kedua-dua pasukan harus berterima kasih dengan penjaga gol mereka yang beraksi cemerlang menghalang setiap percubaan.

Pada pertemuan ini, Shkodran Mustafi diberi peluang untuk berada dalam kesebelasan utama Algeria buat pertama kali.

Bagi Jerman pula, Mustafi menggantikan pemain pertahanan, Mats Hummels, yang demam. Mustafi diletakkan di posisi bek kanan manakala Jerome Boateng akan bermain di tengah.

Jurulatih Jerman, Joachim Loew turut memilih Bastian Schweinsteiger berbanding Sami Khedira sebagai pemain tengah.

Jurulatih Algeria, Vahid Halilhodzic memilih untuk memulakan perlawanan menggunakan kekuatan gandingan Hilal Soudani dan Slimani buat pertama kali.

JERMAN: Manuel Neuer, Jerome Boateng, Per Mertesacker, Benedikt Hoewedesm, Bastian Schweinsteiger (Chrisoph Kramer), Philipp Lahm, Shkodran Mustafi (Sami Khedira), Toni Kroos, Mesut Ozil, Mario Goetze (Andre Schuerrle), Thomas Mueller

ALGERIA: Rais Mbolhi, Essaid Belkalem, Rafik Halliche, Fauzi Ghoulam, Aissa Mandi, Mehdi Lacen, Sofiane Feghouli, Saphir Taider (Yacine Brahimi), Mehdi Mostefa, Islam Slimani, El Arabi Soudani (Abdelmoumene Djabou).

PENGADIL: Sandro Ricci (Brazil)

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/01