Juadah 'beracun' |
- Juadah 'beracun'
- 9 gegaran letupan
- Betis hancur digilis kereta
- Sekat Rodriguez
- Imej Alyah bukan penghalang
Posted: 03 Jul 2014 12:39 PM PDT Shah Alam: "Sebelum ini, saya sekeluarga membeli roti John dari gerai sama iaitu di bazar Ramadan Taman Sri Muda setiap kali bulan puasa dan tidak pernah pula mengalami sakit perut sebegini teruk. "Siapa sangka makanan kegemaran kami sekeluarga akhirnya menyebabkan empat anak saya dimasukkan ke hospital Selasa lalu. Lebih membimbangkan anak ketiga saya yang berusia 11 tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang," kata Hamdan Mohd Nasir, 40. Menurutnya, dia membeli tiga bungkus roti John berkenaan Ahad lalu, namun empat daripada lima anaknya berusia empat hingga 13 tahun mengalami sakit perut sehari selepas memakan makanan itu sebagai juadah berbuka. Beliau berkata, selain cirit-birit dan muntah, anaknya turut mengalami kekejangan otot dan muka menjadi pucat sehingga menyebabkan anak ketiganya dimasukkan ke ICU. ANAK ketiga Hamdan kini dirawat di ICU, HTAR.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/04 |
Posted: 03 Jul 2014 12:08 PM PDT Pulau Gaya: Sebahagian penduduk Kampung Pondo di sini, nekad terjun ke laut untuk menyelamatkan diri sebaik mendengar sekurang-kurangnya sembilan bunyi letupan kuat dipercayai bahan digunakan untuk membuat bom ikan selepas lebih 30 rumah atas air musnah dalam kebakaran, semalam. Berikutan kejadian pada jam 12.30 tengah hari itu, lebih 300 penghuni tinggal sehelai sepinggang, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan semua mangsa berjaya menyelamatkan diri ketika kejadian. Difahamkan, letupan kuat turut jelas kedengaran di sekitar bandar raya Kota Kinabalu terletak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian. Seorang penduduk Saidi Sinal, 33, berkata, ketika kejadian dia sedang berehat di ruang tamu dan terkejut apabila mendengar bunyi dentuman sebelum terjun ke laut bagi menyelamatkan diri. API memusnahkan lebih 30 rumah atas air di Kampung Pondo.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/04 |
Posted: 03 Jul 2014 11:58 AM PDT Parit Buntar: Seorang lelaki hancur betis kaki kanan apabila digilis sebuah kereta dalam kemalangan di Batu 3, Parit Kasa, Jalan Sempadan, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari, mangsa berusia 20-an menunggang motosikal sebelum dipercayai memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta menyebabkannya tercampak lebih tiga meter sebelum digilis kenderaan berkenaan. Pemandu kereta terbabit, Abdul Rahman Bahari, 65, berkata, dia bersama lima ahli keluarga lain terserempak dengan mangsa dan cuba mengelak, namun gagal. Abdul Rahman yang memandu kereta Proton Wira berkata, mangsa tercampak lebih tiga meter selepas pertembungan itu manakala motosikal ditunggangnya remuk di bahagian hadapan. MANGSA kesakitan menunggu bantuan perubatan sampai untuk membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Parit Buntar, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/04 |
Posted: 03 Jul 2014 10:56 AM PDT Fortaleza, Brazil: Brazil berdepan tekanan memuncak untuk meneruskan kempen Piala Dunia dan mempamerkan aksi selaku juara apabila mereka menentang Colombia yang dibarisi penjaring terbanyak James Rodriguez pada suku akhir, awal pagi esok. Selepas bergelut sebelum menewaskan Chile menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan pusingan kedua, kemampuan Brazil diperlekehkan oleh penyokong dan bekas pemain mereka. Antaranya bekas pemain perancang legenda 1980-an Zico. "Kami tidak mempunyai strategi permainan yang bagus," jelasnya menerusi kolum di akhbar Britain, The Guardian. "Langsung tiada serangan bermula dari bawah," katanya yang menyatakan Brazil hanya menghantar bola jauh kepada Neymar pada perlawanan dengan Chile.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/04 |
Posted: 03 Jul 2014 04:18 AM PDT Walaupun baru dua tahun berhijab, penyanyi terkenal Alyah cukup hebat bergaya. Gaya berhijab pemilik nama sebenar Noor Hasliah Abu Hassan ini terus menjadi perhatian. Apatah lagi dia cukup bijak dalam menitikberatkan soal fesyen sama ada untuk menghadiri majlis rasmi atau sekadar bersantai. Ia juga sejajar dengan minat mendalamnya terhadap dunia fesyen. Bertitik tolak dengan minat terhadap fesyen itu, penyanyi berusia 33 tahun ini tampil dengan perniagaan online Gayalyah yang mengetengahkan koleksi busana Muslimah di bawah jenamanya sendiri. Sejak berhijab juga, rezeki Alyah melimpah-ruah apabila dia turut ditawarkan menjadi duta jenama tudung dan selendang, Aalia yang dihasilkan syarikat fabrik terkemuka Euro Moda Gulati's.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/04 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |