Kenderaan dari Singapura kena bayar |
- Kenderaan dari Singapura kena bayar
- Malaysia sokong perjuangan Palestin
- Mesyuarat jawatankuasa hudud hari ini
- Khalid tetap pertahan kerusi Menteri Besar
- MALBATT 850-1 harumkan nama Malaysia
- Bahan api hospital bertahan enam hari
Kenderaan dari Singapura kena bayar Posted: 16 Jul 2014 02:46 PM PDT Kerajaan Pusat setuju kenakan bayaran Permit Kemasukan Kenderaan Johor Bahru: Kerajaan bersetuju mengenakan bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) kepada kenderaan asing yang memasuki Malaysia melalui Johor dari Singapura. Beliau berkata, kerajaan akan membuat keputusan mengenai kadar bayaran VEP dan tarikh penguatkuasaannya tidak lama lagi. "Percayalah ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Cara mana nak tahu dan kadar, ini akan kita maklumkan kemudian. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Malaysia sokong perjuangan Palestin Posted: 16 Jul 2014 02:09 PM PDT Najib hubungi Mahmoud nyatakan pendirian KL Johor Bahru: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau menghubungi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bagi menyatakan sokongan penuh Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin.
"Saya beritahu (Mahmoud) apa juga keadaan, Malaysia akan tetap berdiri teguh menyokong perjuangan rakyat Palestin sehingga berjaya. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Mesyuarat jawatankuasa hudud hari ini Posted: 16 Jul 2014 01:49 PM PDT Kota Bharu: Mesyuarat pertama jawatankuasa teknikal peringkat kebangsaan bagi membincang dan meneliti pelaksanaan undang-undang jenayah syariah Islam di Kelantan akan diadakan di Putrajaya, hari ini. Kelantan diwakili Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad; pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Dr Mohd Azhar Abdullah serta Dr Zulkarnain Lokman, Mohd Tarmizi Abdullah, Nik Baharom Nik Abdullah dan Hisyam Fauzi yang masing-masing pakar dalam bidang perundangan.
"Pada 13 Julai lalu, 57 peguam ini bertemu dengan pasukan petugas khas yang dibentuk jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Datuk Daud Muhammad. "Perbincangan lebih tertumpu kepada Enakmen Jenayah Syariah II iaitu mengenai hudud disebabkan timbul beberapa isu berkaitan peruntukan yang tidak berapa jelas bagi orang awam," katanya kepada pemberita di sini, semalam. Perkembangan positif Beliau ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan kuih raya yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, kepada 13 agensi pasukan keselamatan. Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilaporkan berkata, perbincangan sudah dilakukan antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri berhubung jawatankuasa khas bersama itu. |
Khalid tetap pertahan kerusi Menteri Besar Posted: 16 Jul 2014 01:47 PM PDT Shah Alam: Walaupun gagal mendapat sokongan akar umbi pada pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor serta didesak untuk melepaskan jawatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, beliau akan mempertahankan jawatan berkenaan. Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat EXCO negeri, di sini semalam, katanya, beliau akan memegang jawatan Menteri Besar sehingga pilihan raya umum akan datang dan tidak mempedulikan desakan serta tekanan yang mahukan jawatan itu dikosongkan segera. Jawatan tidak kekal Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pada program wacana memartabatkan ekonomi ummah dan majlis berbuka puasa di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, berkata jawatan setiap pemimpin tidak kekal dan akan mengalami perubahan. "Jawatan pemimpin tidak akan kekal kerana perubahan semestinya ada," katanya yang mengakui tidak bersetuju dengan tindakan beberapa wakil rakyat mendesak Abdul Khalid meletak jawatan, malah beliau sudah menasihatkan Menteri Besar Selangor itu tidak membalas kenyataan sedemikian. Ketua pembangkang itu turut memohon Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi ruang kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta maaf susulan kenyataan pemimpin PAS itu berkaitan isu kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). |
MALBATT 850-1 harumkan nama Malaysia Posted: 16 Jul 2014 01:45 PM PDT Misi keamanan PBB diterima penduduk tempatan Lubnan: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melahirkan rasa bangga dengan anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-1 kerana mengharumkan nama negara dalam misi keamanan di bawah bendera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini.
"Saya mendengar bagaimana anggota MALBATT 850-1 yang terdiri daripada pelbagai kaum mendekati penduduk di sini dan diterima di sini. "Sekiranya ada yang bertanya apa kelebihan yang ada pada anggota kita, ia adalah keikhlasan," katanya selepas mengakhiri lawatan sehari suntuk ke tiga kem yang menempatkan anggota MALBATT 850-1 iaitu Kem Marakah, Kem Shamrock dan Kem Tibnin. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Bahan api hospital bertahan enam hari Posted: 16 Jul 2014 01:39 PM PDT Pakar perubatan sifat sektor kesihatan di Palestin 'mendesak' Kuala Lumpur: Rizab bahan api di hospital di Gaza hanya mampu bertahan untuk enam hari lagi selepas kemudahan itu bersama klinik dan ambulans, turut menjadi sasaran serangan rejim Zionis di wilayah konflik berkenaan. Henti pembedahan elektif Pengarah Perubatan Hospital Al Shifa yang juga ketua pakar bedah, Dr Sobhi Skaik, menyifatkan situasi sektor kesihatan di wilayah Gaza sebagai 'mendesak'. "Semua hospital Gaza menghentikan pembedahan elektif tiga minggu lalu bagi menjimatkan bekalan untuk keperluan kecemasan," katanya dalam laporan kemas kini Persekutuan Persatuan Perubatan Islam (FIMA) yang diterima BH menerusi Pengerusi Majlis Penasihat FIMA, Datuk Dr Musa Mohd Nordin, semalam. Sebelum serangan bermula seminggu lalu, MOH melaporkan 28 peratus peralatan perubatan kritikal dan keperluan kecemasan pada tahap sifar. Setakat berita ini ditulis, sekurang-kurangnya 204 warga Palestin maut akibat serangan roket dan bom oleh rejim Zionis. Di pihak rejim, yang mendakwa operasi ketenteraannya bertujuan melindungi Israel daripada serangan roket Hamas, seorang warganya dilaporkan terbunuh kelmarin. Lebih 1,500 rakyat Palestin dilaporkan cedera dalam serangan pada Ramadan ini. Sementara itu, Dr Musa yang juga Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM), berkata keutamaan usaha kemanusiaan FIMA adalah memperkasakan sistem kesihatan di Gaza yang kian buruk akibat serangan Israel, menyediakan keperluan asas dan bekalan kritikal bagi mengembalikan semua keupayaan sektor kesihatan di hospital dan klinik Kementerian Kesihatan. Bekalan ubat dan peralatan perubatan yang dibeli FIMA, disimpan di Kaherah dengan kerjasama rakan kongsi di Mesir, iaitu Kesatuan Perubatan Arab (AMU), Persatuan Perubatan Islam Mesir (IMAE) dan Palestinian International Medical Aid (PIMA). FIMA menganggarkan AS$10 juta (RM31.8 juta) diperlukan bagi memenuhi keperluan perubatan dan pembedahan di Gaza. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |