SOGOK GERENTI LULUS |
- SOGOK GERENTI LULUS
- PBS sistem terbaik nilai prestasi pelajar
- Saya akan bantu cari MH370: Hishammuddin
- Malaysia boleh huru-hara: Tun M
- Dapatkan maklumat terkini sebelum lawat Pakistan
- Batal lesen jika jadi penama syarikat asing
Posted: 30 Jun 2014 02:53 PM PDT Belajar 10 minit, tidak perlu habiskan ujian Bahagian Dua Kuala Lumpur: Hanya dengan sogokan antara RM150 hingga RM500, anda gerenti lulus ujian memandu tanpa bersusah payah menghadiri kelas memandu atau risau mengenai ujian dijalankan. Untuk gerenti lulus lesen motosikal (Kelas B2) calon dikenakan bayaran tambahan RM150; motosikal berkuasa tinggi (Kelas B) sebanyak RM200 dan kereta (Kelas D) dikenakan bayaran RM500. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
PBS sistem terbaik nilai prestasi pelajar Posted: 30 Jun 2014 02:51 PM PDT Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah sistem yang terbaik kerana kaedah penilaian prestasi pelajar lebih menyeluruh serta tidak lagi dibuat berdasarkan akademik semata-mata. Selain itu, sistem berkenaan juga dilihat lebih adil kerana tidak meminggirkan kebolehan pelajar dalam bidang lain. Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berpendapat sistem pendidikan terdahulu banyak meminggirkan kebolehan pelajar dalam bidang lain yang sepatutnya perlu diberi penilaian. Bangun modal insan Beliau berkata, badan bukan kerajaan (NGO) dalam bidang pendidikan berpendapat sistem terdahulu tidak selaras dengan maksud pendidikan itu sendiri yang mahu membangunkan modal insan sehingga peringkat tertinggi. "Berikutan itu, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Disember 2010 bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan," katanya ketika di hubungi di Kuala Lumpur, semalam. Beliau berkata, kelebihan sistem PBS ialah pelajar akan mendapat perhatian lebih daripada guru kerana mereka dinilai sepanjang tahun, sekali gus dapat memperbaiki kelemahan masing-masing. Mengenai ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), beliau berkata, sistem pentaksiran baharu itu mempunyai kelebihan berbanding Penilaian Menengah Rendah (PMR). Ini kerana, katanya, kaedah penilaian prestasi akademik pelajar tidak lagi dibuat ke atas kertas jawapan yang dihantar mereka di dalam dewan peperiksaan semata-mata. "Sekiranya pelajar yang menduduki peperiksaan tidak sihat, ia pasti akan menjejaskan tumpuan menjawab soalan sekali gus memberi kesan terhadap markah mereka. Penilaian sepanjang tahun "Namun, jika situasi itu berlaku ketika pelaksanaan PBS, mereka masih mempunyai kelebihan kerana pelajar dinilai sepanjang tahun," katanya. Sementara itu, tokoh pendidik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad, berkata PT3 melengkapkan kaedah penilaian untuk melahirkan pelajar inovatif dan kreatif, menggabungkan pengetahuan dan kuasa fikir diperlukan bagi mencapai objektif terbabit. Beliau berkata, jika sebelum ini peperiksaan tidak ada kuasa fikir, maka kita perlukan kedua-dua pihak berperanan. Maka katanya, Kementerian Pendidikan menyediakan peperiksaan manakala bahagian kuasa fikir atau subjektif ditentukan oleh sekolah. "Saya lihat pembaharuan ini sangat baik dan selaras dengan perubahan sistem sedia ada kerana PT3 mampu melonjakkan pendidikan bertaraf dunia, katanya. "Saya berpendapat perlu ada satu badan yang menyelaraskan peranan guru di sekolah bagi memastikan PT3 mencapai matlamat ini. "Lembaga Peperiksaan (LP) mesti melantik individu yang menyelaras guru-guru supaya mereka memberi markah yang betul dan tidak berat sebelah," katanya. |
Saya akan bantu cari MH370: Hishammuddin Posted: 30 Jun 2014 02:50 PM PDT Putrajaya: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, akan terus bekerjasama dengan Menteri Pengangkutan yang baharu, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dalam misi pencarian pesawat MH370. Hishammuddin, yang sebelum ini memangku jawatan Menteri Pengangkutan, berkata walaupun tumpuan selepas ini kepada kementeriannya, beliau akan terus membantu sehingga Tiong Lai selesa mengendalikan isu MH370 terutama dari segi hubungan dengan pemimpin negara yang terbabit. Hishammuddin memangku jawatan Menteri Pengangkutan sejak 15 Mei tahun lalu dan terbabit dalam mengendalikan beberapa kes besar membabitkan kementerian itu termasuk tragedi bas terbalik di Genting Highlands, pesawat terhempas di Kudat, Sabah dan bot karam di Sarawak. Hishammuddin berkata, sidang media mengenai MH370 selepas ini adalah lebih khusus, bukan hanya mengenai penempatan aset seperti Bluefin-21 dan Ocean Shield tetapi turut membabitkan syarikat swasta seperti Petronas yang menggunakan aset mereka dalam usaha mencari. Sementara itu, Tiong Lai berkata beliau akan ke Canberra, Australia dan Beijing, China, dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai MH370. Beliau akan bertemu Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss dan Ketua Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC), Angus Houston serta Menteri Pengangkutan China, Yang Chuantang. |
Malaysia boleh huru-hara: Tun M Posted: 30 Jun 2014 02:36 PM PDT Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia boleh menjadi huru-hara jika kerajaan meneruskan cadangan untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948. Katanya, ini kerana undang-undang baharu yang dicadang untuk menggantikan akta berkenaan tidak mampu untuk menghalang pelbagai hasutan yang akan berlaku.
Peningkatan jenayah Dr Mahathir turut menyifatkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri menyebabkan peningkatan pelbagai jenis jenayah di negara ini. "Bagaimanapun, hasutan walaupun ada dilakukan (sekarang) tetapi tidak melampaui batas," katanya. Dr Mahathir berkata, tanpa akta seumpamanya, pelampau dalam kalangan rakyat bebas mengkritik Raja dan sistem beraja secara terbuka, serta akhirnya membuat desakan supaya institusi Raja dihapuskan. Hasutan dibenarkan Beliau berkata, walaupun ramai mungkin akan marah terhadap hasutan untuk menghapuskan sistem beraja, tetapi kerana hasutan dibenar, mereka yang berminat untuk mendirikan Republik Malaysia berhak dan bebas untuk meneruskan kempen mereka. "Kemungkinan huru-hara akan berlaku dalam negara. Inilah kesan daripada sikap liberal yang kita agungkan sekarang," katanya. Kerajaan pada 30 Mei lalu mengumumkan cadangan memperkenalkan akta baharu bagi menggantikan Akta Hasutan dan mengesahkan menerima tiga draf rang undang-undang baharu berhubung keharmonian nasional. Ini susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2012 untuk menghapuskan akta kontroversi itu antaranya untuk meningkatkan kebebasan bersuara di kalangan rakyat. Tiga rang undang-undang itu ialah Rang Undang-undang Harmoni Nasional, Rang Undang-undang Perpaduan Nasional dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional. - BERNAMA |
Dapatkan maklumat terkini sebelum lawat Pakistan Posted: 30 Jun 2014 02:32 PM PDT Kuala Lumpur: Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad, menyifatkan situasi seluruh Pakistan ketika ini agak tegang, berikutan tindakan balas tentera susulan serangan militan terhadap Lapangan Terbang Karachi, dua minggu lalu. Berikutan itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar, menasihatkan semua rakyat Malaysia supaya menangguhkan dulu lawatan ke Pakistan, sehingga keadaan kembali stabil.
"Keadaan agak tegang di seluruh Pakistan ekoran insiden serangan militan di Lapangan Terbang Karachi baru-baru ini, dan berikutan asakan tentera di utara Wazuristan ketika ini. "Seramai 136 rakyat Malaysia termasuk 50 pelajar yang berada di Pakistan ketika ini dalam keadaan selamat. Bagaimanapun, seorang pelajar Ijazah Kedoktoran (PhD) di Peshawar, dinasihatkan pulang berehat kerana keadaan bandar itu agak tegang dan tindakan terbabit dipersetujui universiti," katanya. Pesawat komersial diserang Hasrul Sani juga mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam serangan militan terhadap sebuah pesawat komersial di barat Laut Pakistan, Khamis lalu, yang menyebabkan seorang penumpang terkorban dan dua krew cedera. Sekurang-kurangnya 100 militan terbunuh selepas pesawat pejuang Pakistan menyerang bertubi-tubi tempat persembunyian pemberontak di barat laut negara itu pada 16 Jun lalu, sebagai tindak balas ke atas serangan militan terhadap Lapangan Terbang Karachi. Dalam serangan puak militan terhadap lapangan terbang paling sibuk di negara itu pada 8 Jun lalu, ia mengorbankan 36 nyawa, termasuk 10 penyerang. Mengulas lanjut, Hasrul Sani berkata, pihaknya sudah menghubungi semua rakyat Malaysia di Pakistan bagi memastikan keselamatan mereka terjamin, selain mengambil tindakan tertentu jika keadaan bertambah buruk. |
Batal lesen jika jadi penama syarikat asing Posted: 30 Jun 2014 02:18 PM PDT Johor Bahru: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan teragak-agak membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan tempatan yang dilantik menjadi penama syarikat asing untuk beroperasi di Iskandar Malaysia. Menterinya, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, berkata setakat ini siasatan pihaknya mendapati tiada syarikat kawalan asing yang beroperasi dalam wilayah ekonomi itu. "Kalau ada orang atau syarikat yang dilantik (penama) mereka, kita akan siasat dan sekiranya benar, kita akan membatalkan lesen operasi mereka," katanya. Beliau mengulas dakwaan cadangan sebuah syarikat kawalan keselamatan negara jiran untuk beroperasi di Iskandar Malaysia. Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat, dilaporkan berkata, khabar angin mengenai kehadiran syarikat kawalan keselamatan dari negara jiran itu menimbulkan kebimbangan masyarakat tempatan kerana dikhuatiri boleh memudaratkan keselamatan Johor. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |