BONGKAR: WARGANEGARA EKSPRES

BONGKAR: WARGANEGARA EKSPRES


BONGKAR: WARGANEGARA EKSPRES

Posted: 02 Jul 2014 09:35 AM PDT

BONGKAR: WARGANEGARA EKSPRESContoh MyKad yang dijual pada harga RM15,000 di Sabah.

Kuala Lumpur: Dengan bayaran antara RM5,000 hingga RM150,000, warga asing boleh menjadi warga Malaysia.

Itulah bayaran dikenakan sindiket yang menjual sijil kelahiran, sijil kerakyatan, MyKad dan pasport negara ini kepada warga asing.

Urusan menjual apa yang dikenali sebagai kerakyatan ekspres ini dipercayai didalangi sindiket tempatan yang bersekongkol dengan sindiket antarabangsa dan beberapa agensi kerajaan.

Sindiket itu dipercayai membeli data peribadi rakyat tempatan pada harga tertentu dan menggunakan maklumat berkenaan untuk memohon dokumen untuk warga asing dengan menawarkan pelbagai pakej berasingan.

Antara pakej ditawarkan ialah:

  • RM150,000 untuk kerakyatan ekspres di mana warga asing boleh memiliki semua dokumen negara untuk melayakkan mereka menjadi warga negara Malaysia.
  • RM50,000 untuk pasport Malaysia sahaja
  • RM15,000 untuk MyKad sahaja.
  • RM5,000 untuk sijil kelahiran

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

2 mendapan boleh bolos sebuah bas

Posted: 02 Jul 2014 09:19 AM PDT

gambar sebelum  gambar berikut
Foto

JURUGAMBAR media tempatan merakamkan gambar tanah mendap yang membentuk lubang besar di terowong bawah tanah yang sedang dalam pembinaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Imbi berhampiran Jalan Pudu di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Foto

KELIHATAN dua lubang besar di sebahagian struktur terowong yang dalam pembinaan bagi mewujudkan empat laluan kenderaan untuk mengurangkan kesesakan di simpang empat Jalan Imbi, Kuala Lumpur, runtuh sedalam lima meter berikutan mendapan tanah. Kawasan ini akan ditutup selama dua minggu untuk kerja-kerja baik pulih mulai hari ini. - Foto Sairien Nafis

Kuala Lumpur: Dua mendapan sedalam enam meter seluas 20 meter persegi berlaku di projek pembinaan terowong empat lorong di persimpangan Jalan Pudu-Jalan Hang Tuah-Jalan Imbi, semalam.

Kejadian pada jam 10.38 pagi dan 12.20 tengah hari itu menyebabkan bahagian struktur terowong kenderaan laluan bawah tanah sepanjang 35 meter mengalami kerosakan.

Bagaimanapun tiada mangsa terperangkap, cedera atau kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian yang menyebabkan kesesakan teruk di ibu negara.

Saluran paip pecah

Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata mendapan itu berlaku apabila saluran paip air utama pecah menyebabkan kawasan terbabit diresapi air dan mengganggu struktur tanah di tapak pembinaan.

Kejadian dikatakan bermula dengan mendapan pada jam 10.38 pagi sebelum sebahagian tanah yang memisahkan terowong turut mendap hingga menyebabkan kawasan terbabit mempunyai lubang yang mampu memuatkan sebuah bas 44 penumpang.

Difahamkan, kejadian disedari dua pekerja tapak pembinaan terowong berkenaan yang berjaya menyelamatkan diri sebelum memaklumkan insiden kepada pihak berkuasa.
Beberapa jalan utama seperti Jalan Pudu, Jalan Imbi, Puduraya, Jalan Bukit Bintang dan Jalan Hang Tuah sesak teruk.

Rangka terowong hampir musnah

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata mendapan tanah terbabit mengakibatkan rangka terowong yang dipasang di bawahnya hampir musnah dan berisiko untuk dilalui kenderaan awam.

Siasatan awal mendapati ia akibat jalan sesak di bahagian atas terowong itu hingga menyebabkan struktur tanah tidak mampu menampung beban kenderaan yang melalui jalan itu.

Sebelum kerja pembersihan dapat dijalankan, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dipanggil bagi menutup saluran utama air ke paip berkenaan, katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.

Sementara itu, Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred, berkata gangguan air tidak berjadual berlaku di Jalan San Peng, Jalan Pudu, Jalan Loke Yew, Jalan Hang Tuah dan Jalan Davis berikutan paip 600mm di persimpangan berkenaan pecah.

Katanya, siasatan mendapati kejadian paip pecah disebabkan kerja pengorekan terowong oleh kontraktor yang dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

DBKL telah melantik kontraktor paip bagi melaksanakan kerja pembaikan paip itu dan dijangka siap sepenuhnya lewat tengah malam tadi, katanya.

Penjawat awam, pesara terima bantuan khas raya

Posted: 02 Jul 2014 09:08 AM PDT

Putrajaya: Kerajaan akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai hadiah persiapan menyambut Aidilfitri kepada penjawat awam Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) dalam satu kenyataan semalam, berkata bantuan khas itu akan turut dinikmati 684,000 pesara kerajaan, yang akan menerima RM250 setiap seorang sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka.

Pembayaran akan dibuat pada 15 Julai ini yang membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta.

Kerajaan berharap bayaran bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi menyediakan persiapan menyambut Hari Lebaran, katanya.

Pegawai kembali ke New Zealand

Posted: 02 Jul 2014 09:07 AM PDT

Putrajaya: Kerajaan akan menghantar seorang pegawai Kementerian Pertahanan kembali ke New Zealand bagi membantu siasatan tuduhan pecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol ke atasnya.

Diiring pegawai tentera

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, dalam satu kenyataan semalam, berkata bekas staf di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington itu akan diiringi Pegawai Tentera Kanan dari Kementerian Pertahanan.

Keputusan itu sudah dimaklumkan kepada Menteri Luar New Zealand, Murray McCully, petang ini (semalam).

Kerajaan Malaysia berpendapat, keputusan ini akan memberi peluang kepada staf itu memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa New Zealand dalam penyiasatan mengenai dakwaan ke atasnya.

Perlu dibuktikan salah

Dalam hal ini, seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dia dibuktikan sebaliknya.
Kerajaan Malaysia bersedia memberi bantuan guaman kepada tertuduh jika perlu, katanya.

Beliau berkata, Malaysia percaya sepenuhnya dengan sistem perundangan di New Zealand serta mempunyai keyakinan penuh bahawa staf itu akan diberi layanan yang adil dan sepatutnya seperti diperuntukkan mengikut undang-undang.

Keputusan ini juga memberi bukti yang jelas bahawa hubungan dua hala antara Malaysia dan New Zealand sentiasa dalam keadaan baik, katanya.

'Saya belum terima surat tunjuk sebab'

Posted: 02 Jul 2014 09:05 AM PDT

Shah Alam: Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata beliau belum menerima surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong.

Saya hanya mengetahui mengenainya hari ini (semalam) dan saya belum lagi terima surat tunjuk sebab. Jadi, saya tidak boleh ulas, katanya ketika dihubungi BH malam tadi.

Faekah yang juga Pegawai Penyelaras DUN Pelabuhan Klang bersama Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin (Ahli PKR Cabang Jasin) dan Amiruddin Shari dari Gombak diberi surat berkenaan berhubung kenyataan media mereka berkaitan desakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan Menteri Besar.

Selain Faekah, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Mustapha Mohd Talib pula digantung keanggotaannya selama setahun berkuat kuasa serta merta kerana didakwa membuat ugutan terhadap seorang calon untuk tidak meneruskan niat bertanding jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor.

Abdul Khalid tewas

Abdul Khalid tewas kepada bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam dalam merebut jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor apabila memperoleh 515 undi manakala lawannya mendapat 701 undi.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata, beliau akur dengan tindakan PKR Pusat mengenakan hukuman disiplin terhadap dua orang pegawai kanannya.
Saya terima keputusan PKR ini tapi mereka berdua boleh buat rayuan, katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Kee Wong berkata Lembaga Disiplin PKR juga sudah meneliti beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota yang dibentangkan dalam Mesyuarat Biro Politik dipengerusikan Presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, kelmarin.

Beliau berkata, antara keputusan lain dibuat Lembaga Disiplin PKR yang dipersetujui oleh Biro Politik termasuk menggugurkan keahlian Nasharuddin Md Isa (ahli Cabang Ampang) kerana beliau memfailkan writ saman terhadap parti di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pada 27 Jun lalu.

Tindakan langgar Perlembagaan parti

Tindakan beliau melanggar Perlembagaan Parti Fasal 44.1, Larangan Membawa Parti ke Mahkamah; Tiada seorang anggota yang boleh membawa apa-apa perkara Parti ke mana-mana mahkamah. Sekiranya berbuat demikian, maka keanggotaannya tergugur secara automatik.

Dengan itu Nasharuddin tergugur keanggotaan sebagai ahli PKR, katanya dalam satu kenyataan berasingan di sini, semalam.

Kee Kwong berkata PKR juga memecat empat ahli PKR Cabang Kota Raja, K Nallasamy; N Sathiaseelan; S Vijay Kumar dan A Mohanathas kerana melakukan pelbagai kesalahan termasuk bergaduh, merampas dan menendang peti undi ketika proses pemilihan di cabang itu, pada 11 Mei lalu.

Susulan BH bongkar lesen gerenti lulus: Pengeluaran lesen diperketat

Posted: 02 Jul 2014 09:02 AM PDT

Kuala Lumpur: Kementerian Pengangkutan akan menilai semula sistem pengeluaran lesen memandu dan melakukan penambahbaikan untuk membanteras penyelewengan.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, mengakui terdapat beberapa kelemahan pada sistem sedia ada dan masalah yang mendedahkan kepada penyelewengan.

Justeru, katanya, proses untuk mendapatkan lesen memandu akan diperketatkan dan pemantauan terhadap sistem juga akan ditingkatkan bagi memastikan ketelusan dalam semua peringkat.

Mengulas laporan muka depan BH mengenai kegiatan penawaran untuk mendapat lesen gerenti lulus pada peringkat tenaga pengajar dan pegawai penilai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), beliau berkata, satu arahan sudah dikeluarkan untuk siasatan segera dijalankan.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini