Tiga wanita ditembak mati

Tiga wanita ditembak mati


Tiga wanita ditembak mati

Posted: 16 Nov 2014 01:48 PM PST

Betong (Yala): Dua wanita ditembak mati di daerah di sini semalam sementara seorang guru perempuan juga mati akibat ditembak di daerah Khok Pho, Pattani.

Dalam pada itu, seorang sukarelawan pertahanan cedera dalam serangan bom di daerah Rueso, Narathiwat.

Dalam kejadian di Betong, Sirirat Saechan, 35, mati ditembak pada jam 10.30 pagi (waktu tempatan) sementara rakannya, Salinee Saethong, 55, mati dalam perjalanan ke hospital selepas dua lelaki bermotosikal mengejar dan menembak mereka yang juga sedang menunggang motosikal.

Polis melancarkan siasatan untuk mengenal pasti sama ada kejadian itu berpunca daripada konflik peribadi atau sebahagian daripada keganasan yang melanda selatan Thai.

Sementara itu, guru, Isara Chairitchok ditembak di kedai minyak di Khok Po oleh dua lelaki bermotosikal yang berpura-pura hendak mengisi minyak di kedai di rumahnya.

Dia ditembak dua kali di kepala dan dua lagi di belakang.

Pegawai di hospital Khok Pho menghantar Isara ke Hospital Pattani yang lebih lengkap tetapi dia gagal diselamatkan.

Isara menjadi guru ke-179 yang terbunuh di selatan Thai sepanjang 10 tahun lalu.

Polis mengesyaki serangan itu adalah tindak balas terhadap kematian dua pemimpin kumpulan pemisah yang ditembak mati oleh pihak berkuasa di daerah Nong Chik Jumaat lalu.

Dalam perkembangan sama, jurucakap tentera di selatan Thai, Kolonel Pramote Phromim berkata, pihaknya merampas dua senjata bersama-sama peluru dalam operasi di Nong Chik, tempat dua anggota pemisah ditembak mati.

Di Rusoh, daerah di Narathiwat, sukarelawan pertahanan Doloh Waesu cedera dalam satu letupan bom.

Kejadian berlaku ketika dia meronda kawasan itu bersama lima yang lain.

Ketua peronda yang juga ketua Kampung Ban Bluka, Royalee Musor berkata, Doloh terlanggar wayar yang diikat pada sebutir bom, menyebabkan bahan letupan itu meletup. - Agensi

Popular di YouTube

Posted: 16 Nov 2014 01:42 PM PST

yati@hmetro.com.my

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah yang boleh diungkapkan dengan rezeki yang kini diraih tujuh peserta program pencarian bakat nyanyian kanak-kanak dan remaja, Ceria Popstar.

Program musim kedua Ceria Popstar terbitan Astro yang berlangsung sekitar Mei hingga Jun lalu itu akhirnya menobatkan Siti Nur Masyitah Mohd Yusoff atau Masya, 14, dari Kulim, Kedah, sebagai juara.

Diikuti Ahmad Iqbal Baqi Omar Baqi (Iqbal), 15, juga dari Kedah sebagai naib juara dan ketiga pula kumpulan duo, Jomego dianggotai Rusyhazim Isnawi Mohd Noor (Goofy), 15, dan Muhammad Shahrul Ashlyn Ag Ashrul Affandy (Chubby), 15.

Tempat keempat diraih Erissa Puteri Hashim, 11, (Erissa, Selangor), seterusnya Putri Ain Natasha Abdul Malek, 14, (Putri, Negeri Sembilan) dan Sheikh Abdul Baseer Afendi, 12, (Sheikh, Johor).

Sehubungan itu, semua peserta terpilih Ceria Popstar 2 berkenaan mendapat peluang untuk merakamkan single yang kini begitu menjadi perhatian peminat di laman YouTube.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Rumah pusaka dicuri

Posted: 16 Nov 2014 01:38 PM PST

am@hmetro.com.my

Rembau: Seorang lelaki terkejut apabila mendapati rumah pusaka keluarganya di Kampung Batu 17 Chembong, dekat sini, hanya tinggal tapak dan beberapa papan kayu saja, dipercayai dicuri warga asing.

Haziman Shah Abu Hassan, 55, berkata, dia ke rumah pusaka ibunya (Asmah Abdul Latif, 73), jam 9 pagi, Khamis lalu, dan mendapati rumah itu hanya tinggal tapak.

Menurutnya, dia yang menetap di Seremban, pulang ke rumah berkenaan kerana jiran menghubungi mahu mengambil sisa kayu di rumah menyebabkan dia terkejut lalu pergi memeriksanya.

"Saya pelik dan bertanya kepada jiran kenapa mahu mengambil kayu di rumah itu sedangkan rumah pusaka berusia 100 tahun itu masih elok walaupun sudah lama tidak berpenghuni," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, jirannya memberitahu sejak empat hari, dua lelaki dipercayai warga Indonesia, kononnya mengambil upah membuka merobohkan rumah itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Goyang karaoke sawit

Posted: 16 Nov 2014 01:37 PM PST

am@hmetro.com.my

Tanah Merah: Polis menahan seramai 76 pengunjung sebuah pusat karaoke haram di kawasan ladang sawit di FELDA Kemahang Dua, di sini, tengah malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 12.45 tengah malam itu, semua pengunjung berusia 40 hingga 60 tahun itu ditahan ketika sedang asyik berhibur.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tanah Merah Asisten Superintendan Fadzir Manap berkata, meskipun baru tiga minggu dibuka, pusat karaoke itu yang berselindung di sebalik kedai makan sudah menjadi tarikan penduduk berhampiran.

"Hasil maklumat awam, maka kita lancarkan Op Noda dan menyerbu pusat ini yang beroperasi secara haram di dalam kawasan ladang kelapa sawit.

"Operasi dijalankan secara bersepadu membabitkan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dibantu Unit Penguatkuasaan Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah serta Majlis Daerah Tanah Merah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Bayi 22 tahun

Posted: 16 Nov 2014 01:37 PM PST

am@hmetro.com.my

Tasek Gelugor: Walaupun sudah berusia 22 tahun, Mohd Firdaus Che Omar, masih memerlukan penjagaan seperti bayi termasuk diberikan susu botol dan dipakaikan lampin berikutan menderita penyakit kepala berair sejak lahir.

Bapanya, Che Omar Ismail, 52, yang tinggal di Jalan Besar di sini, berkata, Mohd Firdaus juga belum memiliki MyKad berikutan usaha mereka membuat permohonan kerap terbantut.

Ia berikutan penyakit dihidapi Mohd Firdaus menyebabkan dia sukar bergerak dan lebih selesa menghabiskan masa dengan terlantar di atas tilam di rumah.

"Penyakit anak saya ini sudah dirujuk ke hospital dan dia sudah empat kali menjalani pembedahan, namun keadaannya tetap tidak berubah.

"Kerana ketiadaan dokumen pengenalan diri, ia turut menyukarkan kami untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan bagi membiayai keperluan harian Mohd Firdaus dari agensi berkaitan," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Guna duit sendiri

Posted: 16 Nov 2014 01:07 PM PST

saifulaffendy@hmetro.com.my

Kuala Kumpur: Stadium Nasional Bukit Jalil sekali lagi menuntut perbelanjaan agak besar apabila Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mahu membeli tiga unit tambahan lampu percambahan 'grow light' dalam usaha mencari jalan penyelesaian masalah rumput di stadium utama itu.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Pengerusi PSM Datuk Rozabil Abdul Rahman sudah memaklumkan perkara itu kepada beliau bagi memastikan rumput di stadium itu menerima cahaya mencukupi selepas menggunakan satu unit lampu jenis sama ketika ini.

Namun berbeza dengan kos RM1.5 juta yang diperuntukkan kementerian sebelum ini untuk menukar rumput jenis Bermuda Green, Khairy berkata, kali ini PSM bersedia menggunakan wang sendiri bagi membiayai pembelian tiga lampu itu.

"Kami sudah membuat keputusan untuk memulihkan padang sedia ada. PSM ada minta membeli lampu tambahan kerana kini ada satu saja.

"Saya beritahu mereka, kalau dapat gunakan peruntukan sedia ada stadium daripada hasil kutipan jualan tiket atau sewaan, mereka bolehlah membuat pembelian itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.