1,840 peluru dalam selut

1,840 peluru dalam selut


1,840 peluru dalam selut

Posted: 09 Nov 2014 01:15 PM PST

am@hmetro.com.my

Langkawi: Sekumpulan nelayan yang mahu turun ke laut terkejut menemui sejumlah 1,840 peluru hidup di pangkalan nelayan Kampung Belanga Pechah di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pertama, nelayan terbabit menemui 920 peluru jenis 7.62 milimeter (mm) diisi di dalam kotak hitam yang terbenam dalam selut pada jam 1 petang sebelum melaporkan penemuan itu kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Harrith Kam Abdullah berkata, susulan laporan itu sepasukan polis dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat.

"Hasil siasatan polis mendapati, dalam kotak hitam yang ditemui nelayan terbabit mengandungi 46 kotak kecil yang setiap satu mengandungi 20 butir peluru hidup jenis 7.62mm.

"Kemudian, jam 6 petang, sejumlah 920 peluru lagi dari jenis sama yang dibungkus dengan plastik merah ditemui terbenam dalam selut tidak jauh daripada lokasi pertama peluru terbabit ditemui," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Kebas berulang kali

Posted: 09 Nov 2014 01:12 PM PST

fardy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Setiap kali sujud, dia dengan pantas mencuri beg tangan milik jemaah wanita yang diletakkan di depan saf dan perbuatan itu dilakukannya berulang kali.

Itu aksi seorang pencuri remaja dipercayai berusia belasan tahun yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) Masjid Al-Ikhwaniah Taman Cheras Utama, di sini, pada malam Jumaat lalu.

Kejadian berlaku di ruang solat wanita ketika beberapa jemaah menunaikan solat Maghrib, jam 7.10 malam.

Nazir masjid itu, Abd Karim Md Nor berkata, pihaknya mengambil inisiatif memasang CCTV sejak sebulan lalu berikutan kejadian mencuri yang semakin menjadi-jadi.

"Sebelum ini seorang wanita yang mengajar mengaji di masjid berkenaan turut kehilangan wang tunai serta barang kemas. Duit tabung masjid juga pernah dicuri dan bilik imam juga cuba dipecah masuk.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

RM10,000 tebus ‘anu’

Posted: 09 Nov 2014 01:09 PM PST

fardy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: 'Tak bogel maka tak cinta.' Itulah kata-kata perangkap yang akhirnya membuatkan seorang lelaki kini menyesal selepas menjadi mangsa ugutan seorang wanita yang merakamkan gambar bogelnya.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai John Tan, 30, berkata, dia mengenali suspek menerusi laman sosial Facebooknya sebelum mangsa mengajaknya membuat panggilan video menggunakan laman Skype.

Menurutnya, wanita yang menggunakan nama Sabrina Leung itu meminta bayaran RM10,000 dan mengugut akan memuat naik video mangsa ke laman sosial untuk tontonan umum sekiranya gagal membayar wang berkenaan.

Tan berkata, pada mulanya tidak menghiraukan ugutan itu namun terkejut apabila mendapati video aksi bogelnya sudah dimuat naik ke Youtube.

Tan mengaku dia terpedaya disebabkan riak wajah wanita itu yang cantik selain mempunyai tubuh badan menarik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Tikam dada sendiri

Posted: 09 Nov 2014 01:06 PM PST

Wisconsin (Amerika Syarikat): Seorang lelaki menikam dirinya sendiri awal Jumaat lalu ketika melakukan siasatan fenomena paranormal di sebuah rumah yang menjadi lokasi pembunuhan dua dewasa dan enam kanak-kanak di Iowa pada 1912.

Robert Laursen, 37, melakukan siasatan di rumah digelar 'Villisca Ax Murder House'-yang kini juga menjadi tarikan pelancong di sebuah bandar kecil apabila tiba-tiba menikam dirinya di dada sekitar jam 12.45 tengah malam.

Pejabat Syerif Daerah Montgomery dalam satu kenyataan berkata, Laursen dibawa ke hospital tempatan sebelum diterbangkan menggunakan helikopter ke Pusat Perubatan Creighton di Omaha untuk rawatan lanjut.

Polis tidak mendedahkan senjata yang digunakannya dan motif kejadian tidak diketahui.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Bukan doktor ISN

Posted: 09 Nov 2014 01:04 PM PST

mhusni@hmetro.com.my

Putrajaya: Kementerian Belia dan Sukan menegaskan bahan terlarang jenis dexamethasone yang didapati dalam sampel pemain badminton negara bukan diberikan oleh doktor Institut Sukan Negara (ISN) sebaliknya daripada sebuah klinik pakar swasta di Kuala Lumpur.

Menterinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, bahan itu biasanya diberikan bagi rawatan kecederaan sukan dan hanya dibenarkan untuk digunakan atlet di luar waktu pertandingan.

"Saya difahamkan, atlet yang berkenaan akan dirujuk oleh ISN ke sebuah klinik swasta di Kuala Lumpur untuk rawatan sel stem yang mana rawatan ini tidak dibuat ISN sebaliknya di klinik rujukan ISN.

"Ia adalah sebuah klinik khusus dalam perubatan sukan. Mereka juga tahu dexamethasone adalah sejenis ubat yang dibenarkan di luar waktu itu dan ia diguna ramai atlet di luar waktu pertandingan," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Karnival Genexter 2014 yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam.

Katanya, kebiasaannya dalam tempoh 10 hari, bahan ini patut keluar dari badan atlet bagaimanapun, pihaknya tidak tahu kenapa ia masih ada dalam tubuh atlet itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Kemenangan beri makna besar

Posted: 09 Nov 2014 01:01 PM PST

am@hmetro.com.my

Pelakon cilik, Puteri Balqis Azizi yang baru berusia tujuh tahun mencipta sejarah dalam industri seni tanah air apabila muncul sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi lakonan mantapnya dalam drama berjudul Balqis pada Anugerah Skrin 2014 (ASK2014) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Balqis yang mesra disapa Aqish itu juga kelihatan comel apabila dia didukung produser dan pelakon, Ziela Jalil di pentas ketika dia mahu menyampaikan ucapan.

"Sebelum ini Aqish pernah tercalon dalam ASK dan nampaknya tahun ini rezeki Aqish. Aqish akui pada awalnya berlakon memang susah, tetapi lama-kelamaan Aqish sudah biasa," katanya.

Balqis berkata, dalam bidang lakonan dia banyak mendapat tunjuk ajar daripada pengarah berkaliber, Erma Fatima.

Sebelum itu dia banyak terbabit sebagai pelakon tambahan dan ketika itu pengarah Kabir Bhatia yang banyak memberi bantuan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.