Telefon bom jangka |
- Telefon bom jangka
- Badan berasap pakaian terbakar
- Takut tengok langit hitam
- Kayu tembus muka
- Harimau longlai
- Atikah belum ada pengganti
Posted: 13 Nov 2014 01:20 PM PST Kuala Lumpur: Pengguna telefon bimbit terdedah pada bahaya 'bom jangka' di telinga susulan peningkatan kes letupan mendadak telefon bimbit atau bateri telefon bimbit tiruan. Berdasarkan aduan diterima, lebih 50 mangsa membuat aduan selepas telefon bimbit palsu, bateri serta alat pengecas bateri telefon tiruan digunakan meletup tiba-tiba selain terbakar. Wakil Bahagian Undang-Undang Samsung Malaysia, Eow Khin Fatt berkata, pihak Samsung menerima banyak aduan berhubung aksesori telefon tiruan yang meletup selepas digunakan. Menurutnya, kes terbaru dilaporkan minggu lalu membabitkan letupan telefon bimbit disebabkan penggunaan bateri tiruan oleh pemiliknya. "Kejadian berhubung letupan berpunca dari telefon bimbit dan bateri tiruan ini bukan perkara aneh kerana ujian makmal membuktikan bateri tiruan boleh mendatangkan bahaya. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Badan berasap pakaian terbakar Posted: 13 Nov 2014 01:17 PM PST Johor Bahru: "Mungkin disebabkan besi pada pen dalam poket baju manakala tangannya sedang memegang penghadang besi, menyebabkan dia disambar petir," kata pengawal keselamatan M Suseelan, 43, rakan setugas lelaki yang maut dipanah petir di sebuah sekolah di Pasir Gudang, petang kelmarin. Suseelan yang mula mengenali mangsa, Abdullah Basara, 57, sejak tiga bulan lalu, berkata mangsa keluar dari pondok pengawal kira-kira jam 3.15 petang untuk membuka pagar dengan penghadang besi bagi memberi laluan kepada kereta seorang guru keluar dari kawasan sekolah. "Selepas itu, ada dua lagi kereta menuju ke arah pintu pagar dan Abang Dollah (Abdullah) menunggu kereta itu sambil memegang pagar besi berkenaan. "Ketika itu cuaca mendung dengan petir. Tiba-tiba angin bertiup kencang diikuti dentuman kuat," katanya. Menurut Suseelan, dia terdengar bunyi bising suara penuntut sebuah universiti berdekatan sejurus dentuman kuat itu, dipercayai mereka ternampak mangsa dipanah petir. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 13 Nov 2014 01:15 PM PST Alor Setar: "Semalaman saya tidak dapat lelapkan mata kerana teringatkan pusaran puting beliung depan mata sehingga menyebabkan rumah kami sekeluarga ranap. "Saya cuba lelapkan mata, tetapi masih terbayang-bayang apa yang berlaku petang semalam (kelmarin) sehingga adakalanya kerap terkejut," kata Che Tom Ahmad, 55, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Nonang, Jalan Kuala Kedah-Yan, di sini, semalam. Menurutnya, mereka sekeluarga kini menumpang di rumah saudaranya yang terletak berhampiran kampung terbabit buat sementara waktu sehingga rumah mereka dibaik pulih sepenuhnya. Katanya, dia kini memerlukan masa untuk memulihkan kembali semangatnya selepas melihat sendiri pusaran puting beliung itu menerbangkan zink dan kayu sebahagian rumahnya dalam masa lima minit. "Saya jadi takut sebaik melihat keadaan cuaca bertukar mendung kerana bimbang berlaku sekali lagi kejadian yang tidak dijangka ini. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kami tiga beranak selamat dalam kejadian itu," katanya. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 13 Nov 2014 01:06 PM PST Konin (Poland): Seorang lelaki nyaris maut selepas jatuh di atas sebatang kayu hingga menyebabkan kayu itu tertembus kepalanya. Kakitangan sebuah hospital di Poland terkejut melihat Kamil Podwinski tiba di hospital itu dengan kayu 15 inci itu terpacak pada mukanya. Lelaki berusia 40 tahun itu memberitahu jururawat, dia sedang bekerja di rumahnya apabila jatuh muka dulu pada batang kayu berkenaan. Menurut akhbar New York Post, kayu itu menembusi bawah bola mata Pondswinski dan menembusi hingga ke belakang tengkuknya. Anggota bomba terpaksa dipanggil untuk membantu apabila kakitangan hospital bimbang mereka tidak dapat mencabut kayu itu tanpa menyebabkan kecederaan lebih lanjut. Jurucakap bomba Sebastian Andrezejewski berkata: "Kami menerima panggilan untuk membantu mencabut kayu dari muka seorang lelaki. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 13 Nov 2014 01:03 PM PST firdaushashim@hmetro.com.my Kuala Lumpur: Aksi kelam kabut barisan kendalian Dollah Salleh sepanjang 90 minit di Stadium Shah Alam apabila tewas 0-3 di tangan Syria kelmarin, menceritakan betapa taring Harimau Malaya belum cukup tajam bagi menghadapi kempen Piala AFF di Singapura bermula 23 November ini. Berbaki sembilan hari sebelum turun bertemu Myanmar di Stadium Jalan Besar, Singapura, skuad negara nyata belum cukup bagus untuk merealisasikan sasaran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mahukan anak buah Dollah mara ke final pada edisi kali ini. Buat legenda bola sepak negara Datuk Santokh Singh, FAM perlu mengkaji semula sasaran ditetapkan itu agar ia tidak memberi tekanan kepada barisan pemain negara menghadapi kejohanan itu. Berdasarkan rentak longlai pemain ketika ini, sasaran lebih realistik adalah separuh akhir dan sekiranya kejutan berlaku hingga ke final, itu bonus buat pasukan negara. "Mereka perlu kerja lebih kuat jika mahu melangkah lebih jauh. Semua bahagian tidak bergerak dengan baik dan kerap hilang bola dengan mudah. "Saya tidak pasti kenapa itu berlaku, walaupun rata-rata pemain semuanya muka lama dalam skuad kebangsaan. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 13 Nov 2014 01:00 PM PST ramlah@hmetro.com.my Demi mengejar impian dalam bidang seni, dia nekad untuk mencuba nasib di negara ini. Selain belajar hidup berdikari di rantau orang, dia juga terpaksa berjauhan dengan keluarganya di Singapura. Namun usaha dan pengorbanan pelakon meningkat naik, Atikah Suhaime, 23, berbaloi kerana bakatnya mula membuka mata ramai pihak selepas tiga tahun menggilap nama di negara ini. Malah, namanya turut tercalon dalam Top 5 kategori Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) bersaing dengan barisan bakat baru seperti Chacha Maembong, Elfaeza Ulhaq, Hanis Zalikha dan Zara Zya. Tidak cukup dengan itu, pelakon yang dikenali dalam filem genre seram Highland Tower, Kelibat, Muka Surat Cinta dan Lagenda Budak Hostel ini juga tidak menang tangan memenuhi pelbagai undangan berlakon drama dan filem. Selain beraksi watak utama dalam drama bersiri sebanyak 32 episod untuk Slot Akasia TV3, Bila Hati Berbicara, filem lakonannya yang masih menanti tayangan ialah Gudang Kubur. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
You are subscribed to email updates from utama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |