Mangsa cabul bapa

Mangsa cabul bapa


Mangsa cabul bapa

Posted: 19 Nov 2014 01:17 PM PST

kalidevi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tindakan berani seorang jiran akhirnya berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dari terus menjadi mangsa cabul dan penderaan fizikal oleh bapa kandungnya sendiri.

Mangsa yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Besi di sini, dikatakan dijadikan 'hamba seks' oleh bapa kandung sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun beberapa jiran yang prihatin bertindak 'melarikan' mangsa dari rumah didiami sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

Sumber berkata, mangsa didera itu sering mengadu tindakan kejam bapa selain kesan luka dialami kepada anak jiran berhampiran.

"Rakan mangsa pada mulanya takut untuk memaklumkan kejadian itu kepada sesiapa. Bagaimanapun kanak-kanak berusia 13 tahun itu akhirnya memberitahu ibunya mengenai nasib dialami mangsa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Bah ‘serang’ kampung

Posted: 19 Nov 2014 01:15 PM PST

am@hmetro.com.my

Rantau Panjang: Sepuluh kampung berhampiran Sungai Golok, di sini, mula ditenggelami air berikutan hujan lebat berlarutan sejak beberapa hari lalu.

Kampung itu ialah Kampung Banggol Nyiur, Kampung Lanchang, Kampung Kelawar, Kampung Bukit Lata, Kampung Tersang, Kampung Tasek Bakong, Kampung Putat Tujuh, Kampung Banggol Kedondong, Kampung Jejawi dan Kampung Bongor.

Tinjauan Harian Metro mendapati, semua perkampungan itu dinaiki air selepas paras air Sungai Golok melepasi tanda amaran dan melimpah ke kawasan sekitarnya sejak awal pagi, semalam.

Mokhtar Said, 63, dari Kampung Putat Tujuh berkata, banjir sudah menjadi lumrah buatnya sekeluarga disebabkan menghuni kediaman yang dekat dengan Sungai Golok.

"Saban tahun kami berdepan banjir lebih awal daripada penduduk di pekan Rantau Panjang lebih dekat dengan Sungai Golok dan anak sungai sekitarnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Pemandu teksi ‘naik gila’

Posted: 19 Nov 2014 01:12 PM PST

asmah_rusman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kes pembuli jalan raya berulang lagi apabila seorang gadis pecah bibir selepas ditampar sekuat hati oleh seorang pemandu teksi.

Dalam kejadian jam 7.40 pagi Isnin lalu, mangsa yang memandu Perodua Myvi diserang suspek gara-gara gagal mengundurkan kenderaan dan memberikan laluan kepada seorang pemandu teksi di Jalan Raja Chulan berhampiran Hotel Istana.

Mangsa, Jeslene Tan, 26, berkata, insiden berlaku ketika dia sedang memandu dari Bandar Manjalara, Kepong sebelum melalui Jalan Raja Chulan.

"Ketika itu terdapat beberapa kenderaan diletakkan di bahu jalan menyebabkan laluan itu menjadi satu lorong. Sebuah teksi dari arah hadapan meluru memasuki laluan sama," katanya.

Menurutnya, pemandu teksi itu membunyikan hon dan meminta dia berundur, namun dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada ruang untuk mengundurkan kenderaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Buru sinar Olimpik Rio

Posted: 19 Nov 2014 01:03 PM PST

Kuala Lumpur: Jurulatih beregu lelaki negara, Pang Cheh Chang (gambar) sedia mempersiapkan anak buahnya jika pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei tidak dapat menyertai Sukan Olimpik 2016 Rio akibat digantung Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana positif menggunakan bahan terlarang.

Menurutnya, kes doping membabitkan Chong Wei belum selesai namun bahagian beregu lelaki akan mula bekerja keras sebelum meletakkan sasaran menyinar di temasya empat tahun sekali itu.

"Memang kita mempunyai perancangan ke arah itu, tapi ia akan bermula tahun depan menerusi kerjasama Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

"Kami harus mula mengumpul mata untuk melayakkan diri ke Olimpik kerana 16 pasangan saja bakal mendapat peluang beraksi selain dua atau tiga gandingan wild card," katanya selepas sesi latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Menurutnya, beliau sudah mula memberi ruang kepada pemain untuk beraksi di beberapa kejohanan besar walaupun terpaksa melalui pusingan kelayakan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Bayi istimewa dianggap dewa

Posted: 19 Nov 2014 01:01 PM PST

New Delhi: Ribuan orang berpusu-pusu ke Baruipur di Benggala Barat untuk melihat bayi yang dilahirkan dengan dua pasang tangan serta kaki malah digelar 'God Boy' (Budak Tuhan) kerana nampak seperti dewa Hindu.

Ibu bapanya tidak terkejut malah faham dengan reaksi orang ramai terhadap bayi baru mereka.

"Sudah pasti mereka mahu melihatnya," kata seorang anggota keluarga mereka.

Katanya, mereka sekeluarga terkejut dengan bayi yang dianggap istimewa itu.

"Jururawat berkata dia cacat teruk namun saya dapat melihat kelahirannya satu petanda daripada Tuhan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Pelajaran, nyanyian seiring

Posted: 19 Nov 2014 01:01 PM PST

yati@hmetro.com.my

Meskipun baru berusia 14 tahun, pakej lengkap dimiliki juara Ceria Popstar musim kedua, Masya adalah bonus baginya. Malah, wajahnya juga seiras pelakon popular Fouziah Gous.

Pun begitu, tatkala mendekati gadis jelita dari Kulim, Kedah ini, dia nyata seorang yang pemalu. Perwatakannya itu jauh berbeza apabila Masya berada di pentas.

Sebaik mikrofon berada dalam genggamannya, pemilik nama sebenar Siti Nur Masyitah Mohd Yusoff ini mampu menghiburkan penonton dengan alunan vokal yang mantap. Itulah bakat seni semula jadi dimiliki Masya.

Justeru, tak hairanlah apabila menyaksikan dia beraksi dengan penuh yakin pada pentas separuh akhir Akademi Fantasia 2014 lalu ketika berduet dengan Aman.

Persembahannya tampak begitu menyerlah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.