Cendol seluar dalam

Cendol seluar dalam


Cendol seluar dalam

Posted: 05 Nov 2014 01:09 PM PST

hmetroshahalam@hmetro.com.my

Puchong: Serbuan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor bukan sahaja menahan warga asing, tetapi turut membawa kepada penemuan sebuah lokasi memproses rojak dan cendol dalam keadaan menjijikkan yang tersorok di sebuah kawasan pembinaan di pinggir bandar ini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, didapati kawasan pemprosesan makanan itu seolah-olah seperti tempat pembuangan sampah kerana dipenuhi sampah serta air bertakung selain berbau busuk.

Difahamkan, kawasan pemprosesan itu sudah beroperasi lebih setahun lalu turut menggaji warga asing sebagai penjual cendol dan rojak dengan menaiki motosikal serta lori di sekitar daerah ini dan beberapa daerah berdekatan.

Lebih menjijikkan, perkakasan yang digunakan untuk menyediakan rojak dan cendol turut dijadikan tempat merendam seluar dalam milik pekerja dan diletakkan hampir antara satu sama lain.

Selain itu, keadaan dapur yang dijadikan tempat membuat kuah rojak pula dipenuhi sampah dan tidak diurus dengan baik sehingga boleh menyebabkan tahap kebersihannya diragui.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Penyanyi rap sembelih musuh IS

Posted: 05 Nov 2014 01:06 PM PST

Berlin: Penyanyi rap Jerman, Denis Cuspert atau dikenali sebagai Deso Dogg dilihat muncul dalam klip video Negara Islam (IS) disebar sebuah kumpulan aktivis kelmarin.

Dalam rakaman itu, Cuspert, 39, dilihat bersama anggota lain IS memenggal kepala beberapa lelaki.

Laporan sebelum ini mengatakan Cuspert maut dalam konflik di Syria.

Video itu tidak menunjukkan dengan jelas sama ada Cuspert membunuh sesiapa, tetapi dia dilihat memegang kepala mangsa yang sudah dipenggal.

Kesahihan video itu masih disiasat.

Video berkenaan disebarkan aktivis di Dair as-Saur, timur Syria, yang sering melaporkan jenayah dalam perang saudara di Syria ketika ini.

Kumpulan aktivis itu bagaimanapun tidak menyatakan bila video itu dibuat atau cara mereka mendapatkannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Kecik rahsia Dollah

Posted: 05 Nov 2014 01:03 PM PST

aziman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kehadiran pemain sayap Wan Zaharulnizam Wan Zakaria bersama skuad Harimau Malaya akan menjadi 'senjata' baru buat jurulatih Dollah Salleh bagi kempen Piala AFF di Singapura bermula 23 November ini.

Kelincahan pemain berusia 23 tahun itu pasti memberi dimensi baru dalam skuad kebangsaan khususnya membantu jentera serangan yang dilihat kurang menyengat dalam beberapa siri perlawanan persahabatan sebelum ini.

Walaupun rekod jaringan Wan Zaharulnizam dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini tidak begitu hebat dengan hanya menyumbat empat gol, namun pemain Kelantan itu sentiasa menjadi nadi penggerak serangan dan kerap mengucar-ngacirkan pertahanan lawan jika bola berada di kakinya.

Menurut bekas pemain Harimau Muda A itu, dia gembira kerana diberi peluang untuk menyertai latihan skuad kebangsaan selepas kali terakhir bersama pada 2011 ketika di bawah kendalian Datuk K Rajagobal.

"Ini kali pertama saya menyertai skuad kebangsaan selepas dipanggil bagi perlawanan persahabatan dengan Australia pada 2011. Saya gembira kerana diberi peluang ini kerana bukan mudah untuk pemain muda mendapat tempat dalam skuad kebangsaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Sama-sama beri sokongan

Posted: 05 Nov 2014 01:01 PM PST

mohamadridzuan@hmetro.com.my

Tinggal sehari saja lagi untuk berlangsungnya majlis paling berprestij Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang berlangsung esok.

Sudah tentunya penggiat seni yang dinilai hasil karya mereka sebagai calon dalam beberapa kategori tidak senang duduk menanti keputusan kerana anugerah ini menjadi pengiktirafan terbesar dalam karier.

Tidak terkecuali, bahang ASK 2014 turut dirasai Izreen Azminda, Nad Zainal, Pekin Ibrahim dan Zahiril Adzim kerana drama lakonan mereka terpilih sebagai calon apabila berjaya melepasi penilaian panel juri.

Drama lakonan Izreen yang tercalon ialah Perjalanan dan 7 Suami, Nad Zainal (Walau Siapa Pun Aku), Pekin Ibrahim (Balqis dan Mengejar Neraka) dan Zahiril Adzim (Walau Siapa Pun Aku dan Aku Ada Wali).

Gembira dengan pencalonan ini, keempat-empat mereka tidak berani meramalkan peluang drama masing-masing meraih kemenangan. Paling utama, mereka menyokong ASK kerana objektif penganjurannya ialah mengangkat dan memartabat karya terbaik dalam penerbitan drama, filem dan juga program TV.

Bagi mereka penggiat seni seharusnya sama-sama menyokong ASK dan bukannya mengamalkan sikap enggan hadir jika karya tidak tercalon dalam sebarang kategori.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

iPhone 6 RM6

Posted: 05 Nov 2014 08:53 AM PST

afiq_hanif@hmetro.com.my

Subang: Penat menunggu hampir 30 jam ternyata berbaloi bagi enam pembeli pertama iPhone 6 yang ditawarkan Celcom Axiata Berhad (Celcom) apabila syarikat telekomunikasi terbabit membuat kejutan dengan menjual peranti terbabit pada harga hanya RM6 seunit.

Enam individu terbabit yang mempunyai latar belakang berbeza mula beratur seawal jam 6 petang pada 5 November 2014 meskipun kaunter jualan hanya dibuka jam 12.01 tengah malam pada 7 November 2014.

Pembeli pertama, Max Liew Zi Yi, 24, memaklumkan beliau sanggup beratur awal untuk mendapatkan iPhone 6 64GB warna perak yang diidamkannya sejak diumumkan Apple dua bulan lalu.

"Penat tapi ternyata berbaloi," katanya.

Sementara itu, pembeli kedua, Sofrizalee Hardwick, 34, sanggup terbang dari Sabah semata-mata untuk beratur mendapatkan gajet baru Apple itu.

"Saya tiba di Kuala Lumpur dua hari lalu kemudian terus berkampung untuk mendapatkan iPhone 6 yang ditunggu," katanya.

Selain Celcom, dua lagi syarikat telekomunikasi, Maxis Berhad dan DiGi Telecommunications Sdn Bhd turut membuka kedai sehingga lewat malam di lokasi terpilih.

Dua korban banjir lumpur

Posted: 05 Nov 2014 07:33 AM PST

wanasr@hmetro.com.my

Cameron Highlands: Lebih 20 buah rumah dan beberapa kenderaan dihanyutkan banjir lumpur di beberapa kawasan di sekitar pekan Ringlet, Kampung Baru Ringlet dan Kampung Ulu Merah di sini akibat limpahan Sungai Ringlet, 7 malam tadi.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Lesley berkata, air lumpur hingga paras lutut bersama sampah sarap menghentam kawasan terjejas.

"Seorang rakan saya cedera dan terpaksa dibawa ambulans ke hospital bagi mendapatkan rawatan akibat kejadian itu.

"Selain itu beberapa kenderaan turut kelihatan terjejas akibat hentaman banjir berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, hujan masih lebat di kawasan berkenaan sehingga 9.30 malam dan bimbang keadaan menjadi lebih buruk.

Sementara itu, Ketua Kampung Ringlet Looi Chin Chin berkata, lebih 20 rumah terjejas berikutan kejadian itu.

Katanya, kebanyakan kawasan terjejas berada di tebing Sungai Ringlet.

Jurucakap bomba dan penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sebelum bergegas ke tempat kejadian bagi menjalankan pemantauan dan operasi menyelamat.

Katanya, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan dua penduduk dilaporkan cedera ringan sudah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan kejadian berkenaan berlaku kira-kira empat kilometer dari kawasan tragedi Lembah Bertam yang mengorbankan empat nyawa pada 23 Oktober tahun lalu.