Tiada siapa peduli |
- Tiada siapa peduli
- Diserang 30 samseng
- Gegar 'reality show' Pak Arab
- 100 tahun tak pernah lihat laut
- Misi bermula!
- Idam sebaris artis Bollywood
Posted: 22 Nov 2014 01:20 PM PST Seremban: "Seorang penyamun menghalakan parang ke arah orang awam menyebabkan tiada siapa berani membantu," kata saksi kejadian samun dan melarikan seorang lelaki warga emas berhampiran bank di Jalan Rasah, di sini. Dalam Kejadian jam 12.30 tengah hari, Khamis lalu, mangsa berusia 60-an dilarikan dengan sebuah kereta dari tempat kejadian sebelum ditinggalkan di tepi jalan Ulu Kanchong, Rantau, dekat sini, dalam keadaan diikat kaki dan tangan. Pemilik restoran, Tan Yon Ming, 60, berkata, dia menyedari kejadian selepas mendengar bunyi bising sebelum keluar untuk memeriksa dan melihat tiga lelaki bersenjata parang menarik seorang lelaki yang dipercayai dalam perjalanan ke bank berhampiran. "Berlaku pergelutan antara mangsa dan dua suspek tetapi mereka terus menolaknya masuk ke dalam kereta. Ketika pergelutan itu, seorang suspek mengawal keadaan sekeliling bagi mengelak orang ramai menghampiri mereka manakala seorang lagi suspek menunggu dalam kereta. "Melihat keadaan getir itu, saya tidak berani berbuat apa-apa tetapi saya sempat mencatat nombor plat kereta dinaiki mereka. Saya kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis," katanya ketika ditemui, kelmarin. Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. |
Posted: 22 Nov 2014 01:20 PM PST Temerloh: Akibat dendam, seorang pemandu lori dibunuh dengan kejam manakala empat rakannya parah selepas diserang sekumpulan 30 samseng bersenjatakan parang dan pedang samurai, di Taman Bukit Bendera, Mentakab, dekat sini, semalam. Dalam kejadian jam 3.30 pagi, F Arasu, 44, dari Taman Bukit Bendera, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat rakannya menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), di sini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama empat rakannya minum di sebuah kedai makan. "Selepas berada di kedai itu selama 30 minit, mangsa yang juga bapa kepada empat anak dan rakannya didatangi lebih 30 lelaki berusia antara 20 hingga 40-an. Mereka dilaporkan bertengkar. "Bagaimanapun, pertengkaran berakhir dengan pergaduhan apabila mangsa dan empat rakannya diserang menggunakan senjata tajam menyebabkan mereka parah di kepala dan badan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. |
Gegar 'reality show' Pak Arab Posted: 22 Nov 2014 01:03 PM PST nurulhuda_kosnon@hmetro.com.my Kuala Lumpur: "Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana bukan mudah untuk sampai ke peringkat ini apatah lagi membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa," kata Idris Shamsuddin, 23. Idris adalah satu-satunya rakyat Malaysia terpilih menerusi jelajah ujibakat sebuah rancangan televisyen anjuran Sharjah TV sekali gus bakal bersaing dengan peserta lain daripada 14 negara di seluruh dunia. Bekas penuntut Universiti Teknologi MARA Skudai itu, berkata dia sama sekali tidak menyangka minat dalam bidang seni sejak di bangku sekolah menjadi realiti apabila dipilih sebagai wakil Malaysia ke pertandingan nasyid, Munsyid Sharjah. "Penganjur daripada sebuah televisyen di Emiriah Arab Bersatu (UAE) iaitu Syarjah TV mengadakan jelajah sesi ujibakat di ibu negara pada 10 Oktober lalu dan dihadiri lebih 40 peserta. "Alhamdulillah, selepas dua minggu penganjur kemudiannya menghubungi dan memaklumkan saya layak ke pertandingan itu. "Ini adalah peluang untuk saya membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa," katanya ketika dihubungi Harian Metro di Dubai. Dia yang juga ahli laman sosial HMLive kendalian Harian Metro menggunakan platform Google+ (http://ow.ly/EIl6o) sebelum itu memuatnaik video klip rakaman program berkenaan di laman perkongsian itu. Idris dipetik berkata: "Assalamualaikum, saya Idris Shamsuddin wakil Malaysia sedang berada di Sharjah UAE untuk menyertai pertandingan +منشØˉ الشارقة." Menurutnya, rancangan itu akan dipancarkan sehingga 28 Disember ini. "Saya berharap dapat buat yang terbaik. Menang atau kalah bukan matlamat utama, sampai ke peringkat ini juga adalah sesuatu yang cukup bermakna," katanya. Katanya, pencapaian itu juga dapat menjadi contoh kepada generasi muda supaya tidak takut untuk mencuba sesuatu yang luar biasa. "Saya mendapat dorongan rakan selain keluarga yang tidak henti memberi sokongan supaya tingkatkan prestasi diri dan rajin mencari peluang baru," katanya. |
100 tahun tak pernah lihat laut Posted: 22 Nov 2014 01:03 PM PST Nashville, Tennessee: Ruby Holt sudah hidup selama 100 tahun dan mengalami sendiri dua perang dunia, tetapi kerana kemiskinan, dia gagal mengecap keindahan yang lazim kepada orang lain. Beberapa bulan menjelang sambutan ulang tahun kelahiran ke-101, Ruby akhirnya memberitahu ahli keluarganya bahawa dia tidak pernah melihat laut seumur hidup. Sebuah pertubuhan amal, Wish of a Lifetime, kemudian bekerjasama dengan pusat penjagaan yang menguruskan Ruby untuk menghantar wanita terbabit ke Teluk Mexico. Dengan segala perbelanjaan ditanggung, Ruby akhirnya dapat merasai sendiri air laut dengan tubuhnya. Dia dibawa ke tepi pantai menggunakan kerusi roda khas. Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. |
Posted: 22 Nov 2014 01:02 PM PST Misi Harimau Malaya memburu kejuaraan Piala AFF bermula hari ini menentang Myanmar di Stadium Jalan Besar namun anak buah Dollah Salleh harus menjadikan aksi pembukaan Kumpulan B itu seperti final. Melihat kepada lawan yang bakal ditentang Malaysia untuk mara ke separuh akhir, Myanmar pasukan dari pusingan kelayakan perlu dikalahkan sebelum bertemu pasukan lebih hebat juara empat kali Singapura dan Thailand tiga kali. Dollah,51, sedar anak buahnya perlu menikmati detik kemenangan untuk membakar kembali semangat selepas kalah empat daripada lima perlawanan pemanas badan sebelum ini sehingga dikecam hebat pelbagai pihak. "Kami memerlukan kemenangan untuk memotivasikan semula pemain-pemain selepas kalah empat perlawanan persahabatan sebelum ini. "Saya percaya pasukan ini sudah memperlihatkan peningkatan terutama dari aspek kombinasi antara pemain-pemain," katanya pada sidang media semalam. Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. |
Posted: 22 Nov 2014 01:02 PM PST Dengan wajah jelita dan seksi, tentu ramai yang cuba menghampiri Raja Ilya Mohamad, 28, terutama golongan VIP. Bintang filem Appalam arahan Afdlin Shauki itu akui ramai yang cuba menghampirinya. Malah dalam diam, Ilya berkongsi cerita mengenai dirinya pernah dihampiri kerabat Brunei, tapi bukan secara bersemuka. Kerabat itu didakwa menggunakan orang tengah untuk merapatinya. Apabila berdepan situasi itu, dia cuba untuk tidak menggelabah, walaupun jauh dalam sudut hati terkejut kerana ada golongan VIP yang memandangnya. "Memang ramai yang cuba menghampiri, tapi saya cuba tolak dengan baik. Saya sebenarnya sesuai dengan orang biasa-biasa saja. "Kebetulan selepas tamat pengajian diploma, saya bergelar 'minah kilang' untuk beberapa bulan, jadi kehidupan sebagai orang biasa lebih membuatkan saya selesa. Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. |
You are subscribed to email updates from utama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |