Ditetak kawan baik

Ditetak kawan baik


Ditetak kawan baik

Posted: 17 Nov 2014 01:15 PM PST

am@hmetro.com.my

Tumpat: Seorang pemuda cedera di kedua-dua tangannya akibat ditetak kawan baik di Kampung Kutan Hilir, di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 6.30 petang ketika Mohamad Sharul Sudin, 25, dalam perjalanan bertemu rakannya itu bagi menyelesaikan masalah mereka.

Bagaimanapun, sebelum sempat berjumpa di tempat dijanjikan, dia diserang rakannya dengan senjata tajam mengakibatkan kedua-dua tangannya patah dan terdapat kesan kelar.

Kakak Mohamad Sharul, Nor Hafiza, 33, berkata, adiknya dan suspek sudah berkawan sejak kecil dan mereka sekampung.

"Sebelum keluar rumah, dia ada terima panggilan telefon daripada kawannya untuk berjumpa bagi menyelesaikan masalah mengenai 'sport rim' kereta milik adik yang diambil suspek.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Adunan ‘saintis maut’

Posted: 17 Nov 2014 01:12 PM PST

anbia@hmetro.com.my

Gombak: Seorang lelaki tempatan berusia 50-an yang dianggap 'saintis' menghasilkan puluhan produk rangsangan seks haram akhirnya berjaya ditumpaskan ketika sedang mengadun kimia pembunuh thiodimethylsildenafil.

Lelaki terbabit yang juga pemilik kilang haram di Taman Selayang di sini, dikesan mencampurkan 'resipi' maut kimia thiodimethylsildenafil yang disahkan boleh mengakibatkan sakit jatung dan mati mengejut ke dalam minum jus manggis.

Kimia analog itu dikesan beberapa kali ganda lebih merbahaya berbanding kimia sindenafil dan taladafil diluluskan di dalam pil perangsang seks viagra atau cialis.

Sumber berkata kegiatan penghasilan produk perangsang seks haram itu dibongkar selepas sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Selangor menyerbu premis itu jam 11 pagi semalam.

Menurutnya, serbuan dilakukan hasil risikan sejak seminggu lalu berikutan dalang sindiket itu amat berwaspada dan kerap berpindah randah lokasi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Akhirnya Rayyan naik BMW

Posted: 17 Nov 2014 01:09 PM PST

hmetroshahalam@hmetro.com.my

Shah Alam: "Alhamdulillah, impian anak untuk menaiki kereta BMW akhirnya tercapai tidak sampai 24 jam selepas saya memuat naik status hasrat itu di laman sosial Facebook.

"Terima kasih kepada insan yang sudi menawarkan diri untuk membawa anak saya menaiki kereta BMW yang menjadi impiannya," kata Hasni Mat Hassan, 39, ibu kepada Muhamad Rayyan Azhar, 5, yang menderita penyakit kanser otot sejak tahun lalu.

Hasni mencoretkan impian Muhamad Rayyan yang mahu menaiki kereta BMW dengan memaparkan gambar anaknya itu bersama suaminya, Azhar Ahmad, 40, di Facebook petang kelmarin sebelum ia menjadi 'viral' dan ramai yang simpati serta bersedia menunaikan impian kanak-kanak berkenaan.

Beberapa individu hadir ke rumah Hasni pada tengah hari dan petang di Padang Jawa, di sini, semalam, sebelum Muhamad Rayyan dibawa menaiki kereta BMW antaranya BMW X6.

Menurut Hasni, sejak berusia dua tahun, setiap kali melihat kereta BMW, anak kedua daripada empat beradik itu akan menjerit kerana tahu lambang kereta itu dan meminta untuk menaikinya

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Jam RM79j berpuaka

Posted: 17 Nov 2014 01:06 PM PST

London: Jam tangan eksklusif ini terkenal sebagai yang paling mahal di dunia, tetapi dikatakan membawa nasib malang kepada pemiliknya.

Sheikh Saud bin Mohammed Al-Thani pemilik jam paling mahal bernilai £15 juta (RM79 juta), meninggal dunia secara mengejut di kediamannya minggu lalu.

Bilionair berusia 48 tahun itu yang terkenal sebagai pengumpul hasil seni terbesar di dunia, ingin menjual jam itu dan bersedia untuk melelongnya.

Namun, dia meninggal dunia akibat serangan jantung dua hari sebelum jam itu dilelong.

Jam tangan yang dihasilkan oleh Patek Phillipe pada 1933 sering dikatakan membawa malang kepada pemiliknya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Tekad lonjak nasib

Posted: 17 Nov 2014 01:03 PM PST

azlanmz@hmetro.com.my

Sepang: Kekalahan berterusan dialami tidak melunturkan semangat skuad negara yang bakal memulakan cabaran di Piala AFF, Ahad ini.

Ketua jurulatih negara Dollah Salleh berkata, semua pemain sudah melaungkan ikrar untuk bangkit pada kejohanan sebenar.

"Mereka semua berikrar semalam (kelmarin) selepas kekalahan kepada Vietnam (1-3). Walaupun kalah dan dicemuh, mereka semua meluahkan semangat untuk membuktikannya di Piala AFF nanti.

"Walaupun kita kalah dengan Vietnam, pengendali lawan mengatakan mereka bernasib baik tidak dibolosi empat atau lima gol pada babak pertama," kata Dollah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam semalam.

Jaringan tunggal skuad negara hadir menerusi Mohd Amri Yahyah pada peringkat awal perlawanan sebelum lawan bangkit meledak tiga jaringan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Cabaran jadi Tuah, Jebat

Posted: 17 Nov 2014 01:00 PM PST

yanie@mediaprima.com.my

Ketaatan dan penderhakaan, gambaran yang sering dikaitkan dengan kisah dua figura cukup ikonik ini dan ia sudah menjadi pemahaman kita sejak berkurun lamanya.

Melalui catatan sejarah negara yang mengabadikan hikayat kedua-dua pahlawan ini sebagai panduan dan teladan dalam kehidupan.

Cukup perkasa sebagaimana direkodkan dalam sejarah, Hang Tuah dan Hang Jebat adalah pahlawan Melayu pada era Kesultanan Melaka pada abad ke-15.

Meskipun kesetiaan itu sifat terpuji dimiliki Hang Tuah kerana ketaatannya terhadap Sultan Mansur Shah sekalipun dalam keterpaksaan harus membunuh Hang Jebat yang sudah dianggap seperti saudara kandungnya sendiri angkara menderhaka, kedua-dua pahlawan itu cukup sinonim dengan istilah 'perjuangan'.

Justeru, pastinya satu penghormatan buat rocker terkenal juga peneraju kumpulan Wings sebagai vokalis, Ahmad Azhar Othman (Awie), 46, apabila terpilih melakonkan watak Hang Tuah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.