Tragedi pusingan 'U' |
- Tragedi pusingan 'U'
- Bawa pisau naik bas nombor sama
- 'Imam Rock' cetus fenomena
- Tak bayar aku bakar!
- Korban 10 minit
- Budak kritikal jatuh kolam
Posted: 07 Oct 2014 04:40 AM PDT Bintulu: Tiga maut termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun manakala tiga lagi parah selepas kereta dinaiki dirempuh sebuah lori tangki dalam kemalangan di Jalan Hulu Simpang Sebauh, Bintulu-Tatau, petang tadi. Kemalangan dipercayai berlaku pada jam 4 petang apabila kereta dinaiki enam sekeluarga cuba membuat pusingan 'U' sebelum belakang kereta itu dirempuh lori dalam perjalanan ke Bintulu. Jurucakap polis berkata, rempuhan itu menyebabkan dua mangsa lelaki dan perempuan berusia lingkungan 30-an serta kanak-kanak terbabit tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mereka terbunuh adalah Cecilia Roja anak Dunstan Kemarau, 21; Radian anak Sunek, 24, dan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang juga anak pemandu kereta Joseph anak Jawa, 29. MANGSA yang maut di tempat kejadian. FOTO ihsan Bomba ANGGOTA bomba dan penyelamat membantu mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan. FOTO ihsan Bomba
Katanya, Bomba dan Penyelamat Bintulu terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mangsa tersepit. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/07 |
Bawa pisau naik bas nombor sama Posted: 07 Oct 2014 04:37 AM PDT Georgetown: Wanita kurang siuman yang menikam pemandu bas Rapid Penang, semalam ditahan ketika dia sedang menaiki bas bernombor sama di Jalan Paya Terubong, di sini, hari ini. Pekebun sayur berusia 48 tahun itu ditahan oleh pemandu bas yang mengenali wanita terbabit kerana dia dikatakan hampir setiap hari menaiki bas Rapid Penang bernombor 502 laluan dari Jeti ke Balik Pulau untuk ke pasar. Selepas menahan wanita terbabit, pemandu bas itu menyerahkan suspek kepada polis dan hasil pemeriksaan ke atas beg wanita itu polis menemui sebilah pisau disyaki senjata kes serangan semalam. Difahamkan, setiap hari wanita itu akan menaiki bas untuk ke pasar berhampiran bagi menjual hasil tanamannya secara kecil-kecilan kepada peniaga di pasar berkenaan. SUSPEK direman empat hari bagi bantu siasatan. FOTO Muhammad Mikail Ong
"Pisau itu ditemui dalam beg yang dibawanya dan suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata," katanya. Semalam, pemandu bas Rapid Penang Aisyamudin Yaacob, 27, tidak sedarkan diri apabila dia ditikam di paha kanan oleh wanita berkenaan yang dikatakan tidak berpuas hati kerana mangsa tidak memberhentikan bas di depan rumahnya berikutan hentian bas terletak di kawasan berdekatan. Tikaman itu terkena urat saraf utamanya membuatkan mangsa mengalami pendarahan teruk Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/07 |
Posted: 07 Oct 2014 01:20 AM PDT Kuala Lumpur: "Rock macamana pun kita, Allah jangan lupa bro." Itu pegangan bintang rock Facebook (FB), Mohd Azlan Ahmad, 33, atau lebih dikenali sebagai Alen Castello yang mencetus fenomena apabila videonya menyanyikan lagu 'She's Gone' menjadi viral selepas dimuat naik di laman FB Harian Metro (HM) pada 10 September lalu. Lebih membanggakan, selain memiliki vokal hebat, Azlan juga adalah seorang imam di Masjid Ar Rahman, Batu Ferringhi sejak dua tahun lalu. Terbaru, dia memuat naik video yang dirakam ketika dia membaca khutbah Aidiladha di masjid berkenaan Ahad lalu. MOHD Azlan Ahmad yang juga dikenali sebagai Alen Castello. FOTO NSTP "Syukur Alhamdulillah, apabila video yang dipaparkan HM sebelum ini menjadi viral usaha saya berdakwah menjadi lebih mudah kerana semakin ramai pengguna FB mengenali saya," kata bapa kepada tiga anak itu. Jelasnya disamping berhibur, dia turut menggunakan akaun FB untuk berdakwah dengan menyelitkan nasihat keagamaan dan semakin hari ramai pengguna memberi respon yang baik. "Bagi saya genre muzik seperti rock jika diselitkan dengan unsur dakwah dan nasihat boleh memikat hati pendengar khususnya di kalangan generasi muda," jelasnya ketika dihubungi hari ini. Lazimnya dia bertugas sebagai imam pada siang hari iaitu pada waktu solat Zohor dan Asar, dan kemudian memulakan perniagaan char kuetiau di Batu Ferringhi selepas waktu Maghrib. "Saya juga menjadi imam solat Jumaat dua kali sebulan, dan kadang kala bertugas menjadi bilal jika diperlukan jemaah masjid," katanya yang mengaji sekolah pondok sejak berusia 13 tahun. Pada mulanya dia khuatir jika video yang menjadi viral memberi imej yang tidak baik kerana tugasnya sebagai seorang imam namun jemaah masjid memberi sokongan kepadanya kerana beranggapan ia adalah kaedah yang baik untuk menarik orang muda mendekati agama. "Setakat ini mereka (jemaah masjid) tiada masalah untuk saya teruskan tugas sebagai imam malah mereka memberi kata-kata semangat," katanya lagi. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/07 |
Posted: 06 Oct 2014 11:07 AM PDT Kuala Lumpur: Sebuah premis menjual kereta import terpakai musnah dipercayai dibakar kumpulan kongsi gelap selepas pemilik premis itu dikatakan enggan membayar wang perlindungan kepada kumpulan terbabit dalam kejadian di Batu 4, Jalan Ipoh, awal pagi semalam. Menurut sumber, dalam kejadian jam 2.30 pagi, seorang pekerja premis dikatakan melihat kelibat dua lelaki mencurah petrol sebelum membakar tempat meletak kereta terpakai yang mengakibatkan 18 kereta pelbagai model hangus terbakar. Sumber berkata, sebaik melihat pekerja terbabit, dua suspek itu melarikan diri dengan memanjat pagar di belakang premis dan terus menghilangkan diri. "Pekerja berkenaan tidak sempat mengejar dua suspek kerana api marak merebak ke belakang premis sebelum dia menghubungi bomba bagi memadamkan kebakaran," kata sumber. ANTARA kereta yang musnah dalam kebakaran disyaki dilakukan kumpulan kongsi gelap.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/07 |
Posted: 06 Oct 2014 11:04 AM PDT Kangar: Buat julung kali, empat ekor lembu dikorbankan menggunakan peralatan sangkar sembelihan hidraulik hasil cetusan idea anak tempatan yang disifatkan lebih mudah sempena program ibadah korban di Masjid Ar-Raudhah, Sungai Batu Pahat, di sini, semalam. Sangkar berkenaan yang melalui proses inovasi disumbangkan oleh Taman Teknologi Malaysia (TPM) dengan kerjasama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) pada Mei lalu sebelum digunakan penduduk untuk aktiviti korban yang hanya mengambil masa 10 minit bagi menumbang dan menyembelih setiap ekor lembu. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Batu Pahat Hamzan Hashim, 45, yang juga pencipta sangkar berkenaan berkata sebelum ini pihaknya menggunakan sangkar mudah alih untuk membaringkan lembu dan memerlukan tenaga manusia yang ramai sebelum disembelih. Menurutnya, apabila menggunakan sangkar sembelihan hidraulik bernilai RM20,000 berkenaan, proses sembelihan menjadi lebih mudah dan cepat sekali gus mengurangkan risiko kecederaan sama ada kepada manusia atau ternakan selain dapat mengurangkan tekanan pada haiwan terbabit. AJK Masjid Ar-Raudhah memasukkan lembu ke dalam sangkar sembelihan yang boleh dibaringkan dengan bantuan alat hidraulik, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/07 |
Posted: 06 Oct 2014 10:59 AM PDT Georgetown: Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun kritikal selepas dia dikatakan tergelincir ke dalam kolam renang di sebuah kondominium di Bandar Baru Air Itam, di sini, semalam. Dalam kejadian 6.30 petang itu, mangsa Ooi Zhi Ting dikatakan mengikut bapanya ke rumah terbabit untuk berjumpa kenalan bapanya. Bagaimanapun, dia kemudian bersama anak kenalan bapanya serta beberapa lagi remaja berusia lingkungan 15 dan 16 tahun turun ke kolam renang berkenaan. Namun, mangsa yang dikatakan berjalan berseorangan berhampiran kolam tergelincir dan terjatuh dalam kolam itu. OOI diberi bantuan kecemasan selepas lemas di kolam renang di sebuah kondominium di Bandar Baru Air Itam, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/07 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |