300,000 tak payah bayar cukai |
- 300,000 tak payah bayar cukai
- Lima maut tersepit
- 703 sehelai sepinggang
- Terpaksa patah balik
- Pilih berjimat tak bertempat
- Rebah muntah darah
Posted: 10 Oct 2014 04:13 AM PDT Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya 300,000 pembayar cukai individu tidak perlu lagi membayarnya bagi tahun taksiran 2015. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ini berikutan kerajaan mengurangkan kadar cukai pendapatan individu antara satu hingga tiga mata peratusan. Beliau berkata demikian ketika membentangkan `Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat' di Dewan Rakyat, hari ini, "Ekonomi Keperluan Rakyat menjadi paksi dan pegangan dalam mendahulukan kepentingan rakyat.
Menurutnya, RM273.9 bilion diperuntukkan dalam Bajet 2015 yang meliputi RM223.4 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM50.5 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Memperjelaskan lagi struktur pencukaian, Najib berkata, golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4,000 sebulan juga tidak lagi perlu membayar cukai pendapatan. Beliau turut memberi jaminan bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang bakal dilaksanakan April tahun depan tidak membebankan rakyat kerana mereka yang menggunakan petrol RON95, diesel dan LPG bakal menikmati pelepasan cukai itu. Berbeza dengan tanggapan kononnya CBP akan menyebabkan kenaikan harga semua barang, Bajet 2015 mencadangkan lebih separuh daripada 944 barang dan perkhidmatan diberi penurunan harga sehingga 4.1 peratus apabila cukai itu dilaksanakan. Antaranya ialah ubat-ubatan, barangan elektrik, produk tekstil, barangan plastik, perabot, lampin bayi dan bahan makanan seperti beras, daging, telur ayam, minyak masak dan sayur-sayuran. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10 |
Posted: 10 Oct 2014 02:31 AM PDT Pasir Gudang: Remaja lelaki berusia 17 tahun maut bersama empat penumpang lain yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dalam kejadian di kilometer 33 Lebuhraya Pasir Gudang, kira-kira 1.30 petang ini. Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, kereta yang dipandu ramaja itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan dan merempuh pokok. "Pemandu dikenalpasti sebagai J Tamilharasan, 17. Namun, empat lagi mangsa iaitu tiga lelaki dan seorang wanita tidak dapat disahkan identiti kerana tiada dokumen pengenalan diri bersama mereka. "Kemalangan terbabit menyebabkan kelima-lima mangsa maut di tempat kejadian akibat tersepit.
|
Posted: 10 Oct 2014 12:51 AM PDT Bintulu: Seramai 703 penghuni tinggal sehelai sepinggang selepas Rumah Panjang John Guan Pasir Nangka di Sungai Anap, Tatau, di sini, musnah dalam kebakaran, pagi tadi. Kebakaran berlaku pada jam 2 pagi meranapkan semua rumah terdiri 54 pintu menyebabkan penduduk tidak sempat menyelamatkan harta benda. Ketua Polis Daerah Tatau Deputi Superintendan Harun Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.30 pagi sebelum menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan. "Anggota penyelamat terpaksa menggunakan bot untuk ke lokasi berikutan jalan darat yang ada tidak sesuai untuk dilalui. RUMAH Panjang John Guan Pasir musnah dalam kebakaran. KEADAAN rumah yang musnah sama sekali.
|
Posted: 09 Oct 2014 03:13 PM PDT Tambunan: Orang ramai tidak ada pilihan melainkan terpaksa menggunakan laluan alternatif yang lebih jauh dan mengambil masa lebih lama berikutan jalan Tambunan-Panampang terputus sepanjang 50 meter akibat tanah runtuh di Kilometer 22, awal pagi semalam. Seorang pengguna jalan raya yang mahu dikenali sebagai Bryan berkata, dia bersama rakan terpaksa menggunakan laluan alternatif Keningau - Kimanis selepas mengetahui jalan berkenaan terputus. "Saya bersama rakan yang mahu ke Kota Kinabalu terpaksa melalui laluan alternatif selepas mengetahui berlaku kejadian tanah runtuh berhampiran Kampung Sunsuron. "Saya tahu melalui Facebook dan aplikasi Whatsapp yang disebarkan rakan-rakan," katanya. KEADAAN tanah runtuh menyebabkan ramai terjejas.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10 |
Posted: 09 Oct 2014 02:00 PM PDT Kuala Lumpur: Lima daripada 10 atau 50 peratus pemilik kenderaan di negara ini lebih suka memilih alat ganti tiruan walaupun sedar risiko kemalangan menanti mereka. Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Dr Tam Weng Wah berkata, pihak berkuasa menghadapi kesukaran mengekang kebanjiran alat ganti kenderaan tiruan kerana permintaannya amat tinggi. "Situasi ini menunjukkan rakyat Malaysia memilih untuk 'berjimat' dengan cara yang salah. Banyak perkara yang boleh berjimat, tetapi bukan perkara yang boleh mendatangkan risiko kepada diri dan keluarga," katanya ketika dihubungi, semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan akhbar ini, semalam yang mendedahkan mengenai sikap ramai pemilik kenderaan negara ini yang lebih gemar memilih alat ganti tiruan hanya kerana ingin menjimatkan kos. ANGGOTA penguat kuasa memeriksa barangan yang dirampas.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10 |
Posted: 09 Oct 2014 01:51 PM PDT Muar: Seorang wanita secara tiba-tiba muntah darah dan rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika berjalan ke arah kereta yang diletakkan di stesen minyak di Taman Pagoh Jaya, kelmarin. Dalam kejadian jam 9 malam itu, wanita terbabit dikenali sebagai Ana berusia lingkungan 40-an yang dipercayai hamil keluar dari tandas dan menuju ke kereta yang dikatakan dipandu seorang rakan. Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 30, berkata, dia sedang mengisi minyak di stesen itu sebelum orang ramai terkejut melihat kejadian berkenaan. Katanya, dia difahamkan wanita itu bersama rakannya datang ke Muar atas urusan perniagaan dan dalam perjalanan ke Johor Bahru. MAYAT wanita hamil yang rebah selepas keluar dari tandas stesen minyak ditutup dengan kain sementara menunggu pasukan penyiasat polis tiba, kelmarin.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |