Fauzi buka laluan Pahang

Fauzi buka laluan Pahang


Fauzi buka laluan Pahang

Posted: 11 Oct 2014 09:33 AM PDT

PAHANG muncul pasukan ketiga melangkah ke saingan separuh akhir kempen Piala Malaysia selepas menewaskan juara Liga Perdana, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), 3-2, secara agregat apabila menang 2-1, di suku akhir kedua, di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Biarpun skuad Tok Gajah terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila tonggak pertahanan Damion Stewart dilayangkan kad merah susulan tindakannya menarik seluar penyerang PDRM, Ali Ashfaq di minit ke-84, ia tidak sedikitpun menggangu fokus anak buah Zainal Abidin Hassan untuk bangkit mencipta kemenangan.

Jaringan pertama perlawanan tercipta menerusi tandukan sipi ke belakang tonggak tengah PDRM, Mohd Fauzi Abdul Majid yang bijak menyambut sepakan percuma Ali Ashfaq buat menewaskan penjaga gol pelawat Khairul Azhan Khalid pada minit ke-18.

Tersentak dengan jaringan itu, Zainal melakukan beberapa pertukaran dengan membawa masuk Mohd Fauzi Roslan buat menambah sengat di jentera hadapan.

Foto

FAUZI menjaringkan gol kemenangan di minit akhir perlawanan yang membawa Pahang ke separuh akhir Piala Malaysia dengan agregat 3-2, di Stadium Shah Alam. FOTO Osman Adnan


Hasilnya, dua jaringan diperoleh menerusi tandukan Zesh Rehman di minit ke-76 dan sentuhan pemusnah daripada pemain yang baru yang dibawa masuk, Fauzi Roslan pada masa kecederaan menerusi sepakan deras yang berjaya menewaskan penjaga gol PDRM Azizon Abdul Kadir.


Berdasarkan jadual aksi separuh akhir, Pahang bakal bertemu Kedah sementara FELDA terpaksa menanti lawan mereka sama ada Johor DT atau Terengganu yang akan hanya turun berentap, 16 Oktober ini.

PDRM 1 (1)
* Fauzi Majid, m-18
Pahang 2 (1)
* Zesh Rehman, m-76
* Fauzi Roslan, m-90

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/12

18,000 pesakit tunggu organ

Posted: 11 Oct 2014 09:06 AM PDT

Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya 18,493 individu yang mengalami kegagalan buah pinggang, hati, jantung dan paru-paru kini menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata jumlah besar itu berkait rapat dengan kadar rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai penderma organ iaitu kurang satu peratus daripada setiap sejuta penduduk.

"Kadar pendermaan organ di Malaysia hanya sekitar 0.8 penderma bagi setiap juta penduduk dan merupakan antara yang terendah di dunia.

"Walaupun ada peningkatan berbanding tahun sebelumnya, ia masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pesakit yang sedang menunggu," katanya ketika berucap merasmikan Kempen Jalanan #DermaOrgan, di sini.


Dr Subramaniam berkata, kesemua pesakit itu kini bergantung harap kepada rakyat Malaysia yang prihatin dan bersedia untuk membantu menyelamatkan nyawa mereka melalui pendermaan organ.


Menurut statistik Kementerian Kesihatan, 266,583 rakyat Malaysia berikrar sehingga 30 September untuk menderma organ selepas kematian - 0.9 peratus daripada keseluruhan penduduk negara ini.

Daripada keseluruhan pesakit menunggu pemindahan organ, 18,418 memerlukan buah pinggang, hati (12), paru-paru (enam) dan jantung (lima). Tiga orang lagi memerlukan jantung dan paru-paru.

Sebanyak 55 pembedahan transplan organ dilalukan bagi tempoh Januari hingga 30 Sept 2014.

Dr Subramaniam berkata, kesedaran rakyat Malaysia berkaitan pendermaan organ kini semakin meningkat terutama dalam kalangan belia.

Selain itu, katanya, kementerian sedang membangunkan sebuah sistem pendaftaran secara online bagi memudahkan rujukan maklumat semua pendaftar organ di seluruh negara. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/11

Tikam lepas beri salam

Posted: 10 Oct 2014 02:53 PM PDT

Kota Bharu: "Saya tidak sangka dia yang dianggap seperti anak dan sanggup tikam disebabkan hal tak diketahui," kata Che Soh Mamat, 65, yang patah tulang rusuk kiri dan cedera di bahagian dada akibat ditikam sebanyak tiga kali oleh seorang lelaki berusia 41 tahun dalam kejadian di Kampung Wakaf Comel Paloh, Tanah Merah, di sini, Rabu lalu.

Kejadian berlaku jam 5.45 petang ketika warga emas terbabit bersama isteri sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum didatangi seorang lelaki yang juga jirannya. Katanya, lelaki itu datang ke rumah dalam keadaan baik apabila memberi salam dan mendakwa mahu membayar hutang.

"Isteri cuba bertanya kepadanya hutang apa yang mahu dibayar sebelum dia meluru masuk mendapatkan saya dan terus mengeluarkan pahat.

"Dia secara tiba-tiba menikam saya tiga kali di bahagian dada, rusuk kiri dan kanan," katanya ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Kubang Kerian (HUSM), di sini, semalam.

Foto

CHE Soh menerima rawatan di HUSM.


Katanya, selepas melihat dia rebah dalam keadaan parah berlumuran darah, lelaki itu menghilangkan diri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/11

Kopiah sufi kian diminati

Posted: 10 Oct 2014 02:51 PM PDT

Pasir Puteh: Pada mulanya dia menghasilkan kopiah sufi Rasulullah SAW untuk kegunaan sendiri sebelum hasil tangannya itu mula mendapat perhatian ramai sehingga ke serata pelosok negeri dan luar negeri.

Sehingga kini, kopiah sufi buatan Rosli Ngah, 42, itu sering ditempah pemborong termasuk dari luar negara seperti Australia, China, Indonesia dan Jepun disebabkan reka bentuknya yang unik itu.

Malah, bapa kepada lima anak itu langsung tidak menyangka kopiah yang mula dihasilkan sejak 10 tahun lalu itu kini menjadi punca utama sumber pendapatannya sekeluarga.

Sejak pembabitannya dalam usaha pembuatan kopiah itu, Rosli berjaya menghasilkan lebih 3,000 kopiah sufi pelbagai jenis dengan pemakainya adalah majoriti daripada pelajar pondok.

Foto

KOPIAH siap dijahit dimasukkan dalam beg untuk dihantar kepada pemborong.


Rosli berkata, sebelum terhasilnya kopiah itu, dia terpaksa menghabiskan masa mencari kedai pembuatan kopiah, namun, kecewa kerana tiada tukang jahit yang sanggup membuatnya disebabkan terlalu sukar untuk dijahit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/11

'Sapu' bisnes ali baba

Posted: 10 Oct 2014 01:57 PM PDT

Kuala Lumpur: Seramai 160 anggota penguat kuasa daripada lima agensi kerajaan menggempur Pasar Pudu bagi mengesan penjaja warga asing dan tanpa lesen dalam pemeriksaan 'Ops Tegas', semalam.

Operasi yang dijalankan selama tiga hari itu, seramai 57 penjaja warga asing ditahan dan 46 gerai disita manakala 11 notis dikeluarkan terhadap penjaja yang didapati melakukan kesalahan termasuk penyewaan gerai kepada warga asing.

Dalam operasi diketuai Bahagian Penguat Kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu turut disertai agensi penguatkuasaan lain antaranya, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Minhad Ahmad berkata, serbuan dilakukan hasil aduan orang ramai dan langkah pemantauan jabatannya dalam membendung kegiatan penjaja warga asing.

Foto

DUA anggota penguat kuasa merampas peti simpanan ais peniaga.


Katanya, operasi ini juga bertujuan membersihkan kawasan pasar dan memindahkan gerai penjaja yang menyebabkan halangan lalu lintas sehingga menyukarkan pengunjung.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/11

Kemelut selesai

Posted: 10 Oct 2014 12:33 PM PDT

Kelana Jaya: Kemelut antara Terengganu dan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) berakhir apabila masing-masing bersetuju dengan tarikh baru perlawanan suku akhir kedua pada 16 Oktober ini.

Hasil perbincangan bersama Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Afandi Hamzah dan Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, kedua-dua wakil mencapai kata sepakat mengenai tarikh baru itu.

Menurut Afandi, tarikh itu dipersetujui wakil pasukan masing-masing selepas berbincang dengan teliti dan mengambil kira setiap aspek.

"Kita rasa bersyukur kerana berjaya membuat rumusan isu ini, ia menunjukkan gambaran jelas bola sepak Malaysia mempunyai pemimpin yang prihatin," katanya selepas mesyuarat empat jam di Wisma FAM semalam.

Foto

AFANDI (kiri) mengetuai perbincangan bersama Hamidin (dua dari kiri) dan Marzuki di Wisma FAM, semalam.


Jelasnya, kedua-dua wakil dengan PBNJ diwakili Setiausaha Kehormat, Mohd Fahmy Yahya dan pengurus pasukan Terengganu Marzuki Sulong hadir memberi cadangan serta pandangan untuk menyelesaikan masalah berbangkit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/11