32 jam hanyut

32 jam hanyut


32 jam hanyut

Posted: 06 Oct 2014 07:18 AM PDT

Kuala Lumpur: Tujuh kru bot tempur CB204 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kelaparan selepas hanyut di Laut China Selatan selama 32 jam berjaya diselamatkan Kapal Diraja (KD) Ganas berdekatan perairan Pulau Layang-Layang, Sabah, awal malam ini.

KD Ganas tiba di lokasi CB204 yang mengalami masalah enjin itu pada 6.49 petang tadi, namun hanya berjaya merapati bot tempur berkenaan pada 7.12 malam bagi menyerahkan makanan kepada kru yang kelaparan berikutan cuaca buruk dengan keadaan laut yang bergelora tahap empat.

CB204 yang diketuai Leftenan Azri Bakar itu berjaya dihubungi kira-kira 3 petang hari ini selepas terputus hubungan 11.15 pagi semalam yang dikesan berada di kedudukan kira-kira 30 batu nautika dari Pulau Layang-layang.

Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, tujuh kru CB204 berada dalam keadaan selamat, namun mereka kelaparan berikutan kehabisan bekalan makanan.

Foto

FOTO ihsan TLDM

Foto

ANTARA makluman Panglima TLDM yang dibuat menerusi laman Twitter.


"KD Ganas sedang merapatinya. Namun, keadaan laut yang bergelora 'state 4' (tahap empat) menyukarkan," katanya melalui akaun Twitter.


Dalam satu kenyataan malam tadi, Abdul Aziz berkata, bot tempur itu terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus ketika dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.

Menurutnya, ia belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring berkenaan pada 11.15 pagi.

Posisi terakhir bot tempur berkenaan di kedudukan 20 batu nautika ke timur laut Pulau Mengalum.

Gerakan mencari dan menyelamat CB204 membabitkan enam kapal dan tiga pesawat TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Turut bersama Lt Azri di atas CB204 ialah BK PAP, Charles Christopher ak Muni; BM TMK, Ince ak Evin; BM TMK, Steven Hudson ak Miso; BM JTP, Nor Azuan Ariffin; LK KOM, Sulhajji Daah dan LK I PAP, Mohd Azhry Maani.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/06

Tikam pemandu tak hentikan bas

Posted: 05 Oct 2014 11:48 PM PDT

Georgetown: Seorang pemandu bas Rapid Penang parah apabila ditikam di paha oleh seorang penumpang wanita yang marah selepas dia tidak berhenti di tempat dia selalu turun.

Dalam kejadian di Relau, di sini, kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa berusia 27 tahun yang mengalami pendarahan teruk masih tidak sedarkan diri di wad kecemasan Hospital Pulau Pinang (HPP).

Difahamkan, wanita terbabit menyerang pemandu terbabit kerana tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu yang tidak memberhentikan bas di tempat dia selalu turun.

Pemandu bas malang berkenaan pula baru dua minggu bertugas dan dia tidak mengetahui yang wanita terbabit kurang siuman.

Foto

PEMANDU bas tidak sedarkan diri disyaki akibat kehilangan banyak darah.

Foto

SEORANG lelaki meriba mangsa sementara menunggu bantuan kecemasan.


Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid diketika dihubungi berkata, polis masih mengesan wanita terbabit yang melarikan diri sejurus kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/06

Ops cari diteruskan

Posted: 05 Oct 2014 11:15 PM PDT

Sydney: Misi mencari pesawat MH370 diteruskan hari ini di kawasan terpencil di Lautan Hindi, lebih enam bulan selepas kapal terbang berkenaan hilang.

Kapal GO Phoenix dijangka menghabiskan masa 12 hari sebelum kembali berlabuh untuk mengisi minyak.

Kapal tersebut adalah satu daripada tiga kapal yang akan menjalankan operasi mencari pesawat selama setahun pada lokasi yang jauh dari pantai barat Australia.

Anak kapal akan menggunakan sonar, kamera video dan pengesan minyak pesawat ketika misi mencari pesawat Boeing 777 itu di dasar laut yang hilang pada 8 Mac lalu ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 orang.

Foto

Kapal GO Phoenix


Misi mencari kapal terbang berkenaan ditangguhkan selama empat bulan bagi membolehkan anak kapal membuat pemetaan di dasar laut dalam zon pencarian, kira-kira 1,800 kilometer barat Australia.


Kawasan mencari membabitkan kira-kira 60,000 kilometer persegi yang turut dikenali sebagai "seventh arc" di mana penyiasat percaya pesawat itu kehabisan minyak dan terhempas.

Selain itu, dua lagi kapal yang disediakan kontraktor Belanda, Fugro dijangka menyertai kapal GO Phoenix yang diupah Malaysia lewat bulan ini. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/06

Bot tempur terputus hubungan

Posted: 05 Oct 2014 02:47 PM PDT

Kota Kinabalu: Tujuh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkalan di Sepanggar yang dalam perjalanan ke Stesen Uniform berdekatan Pulau Layang-Layang, Labuan dengan menaiki bot tempur jenis CB90 bernombor panji CB204 terputus hubungan, jam 11.00 pagi tadi.

Sehingga kini bot berkenaan masih belum ditemui dan usaha mencari sedang giat dilaksanakan termasuk bantuan dari Kapal Diraja (KD) Lekiu dan KD Serang.

Difahamkan bot CB204 dipercayai berlepas dari pangkalan TLDM Sepanggar ke Stesen Uniform pada jam 5 pagi bersama KD Paus.

Ketika tiba di lokasi kejadian kira-kira 23 batu nautika di Pulau Mengalom, keadaan laut bergelora dan KD Paus membuat panggilan pada jam 10.35 pagi ke pusat operasi di pangkalan TLDM untuk berpatah balik berikutan cuaca tidak mengizinkan.

Foto

FOTO ihsan TLDM


Bagaimanapun, CB204 gagal dikesan dan hilang dari pemantauan KD PAUS sebelum terputus hubungan pada jam 1.05 petang.


Sementara itu, Panglima TLDM Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar menerusi akaun twitternya, mengesahkan kejadian itu dan meminta orang ramai mendoakan keselamatan anggota terbabit.

CB90 adalah antara aset terpenting milik TLDM kerana kemampuannya untuk tiba ke lokasi sasar dalam masa terpantas.

Bot tempur itu juga boleh beroperasi di kawasan air cetek sama ada lautan mahupun sungai atau tasik.

Bot ini turut digunakan oleh TLDM di kawasan-kawasan sensitif termasuk di Sabah bagi menangani sebarang pencerobohan musuh.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/06

Masjid terbuka 'Mini Dhaka'

Posted: 05 Oct 2014 01:26 PM PDT

Kuala Lumpur: Walaupun masjid di sekitar ibu negara mampu menampung jumlah jemaah untuk mengadakan solat namun ribuan warga Bangladesh memilih untuk bersolat sunat Aidiladha di atas jalan raya di kawasan Jalan Tun Tan Siew Sin di sini, semalam.

Perkara itu menyebabkan jalan di kawasan itu terpaksa ditutup kepada semua kenderaan bermula jam 7 hingga 10 pagi bagi membolehkan solat sunat Aidiladha itu dilakukan.

Tinjauan Harian Metro ke kawasan berkenaan mendapati mereka menghamparkan kanvas di Jalan Tun Tan Siew Sin di sini, selain ada juga yang membawa sejadah sendiri.

Difahamkan kawasan itu mempunyai sebuah surau namun ruangnya tidak mampu menampung jumlah jemaah yang terlalu ramai sehingga berlaku limpahan.

Foto

RIBUAN pekerja asing memenuhi ruang jalan sekitar Lebuh Pudu.


Difahamkan pada tahun 2009, kumpulan pekerja warga asing ini pernah mengemukakan permohonan bertulis kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)untuk menjadikan laluan di kawasan itu sebagai lokasi menunaikan solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/06

Mati tertembak pistol pen

Posted: 05 Oct 2014 01:22 PM PDT

Bintulu: Malang tidak berbau apabila seorang lelaki yang juga pemandu van sewa tiba-tiba rebah dan meninggal dunia selepas senjata berbentuk pen atau 'ball pen gun' di tangan meletup dan terkena dadanya dalam kejadian berhampiran pasar tamu, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa berusia 43 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kesan peluru dari senjata itu mengena tepat pada jantungnya.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Abdul Razak Mohammad berkata, sebelum kejadian mangsa dipercayai bertemu beberapa rakan yang ketika itu sedang menunggu penumpang di pasar berkenaan.

Menurutnya, secara tiba-tiba, rakannya terdengar bunyi seperti letupan mercun sebelum melihat mangsa rebah.

Foto

MANGSA rebah selepas 'ball pen gun' dipegang meletup.


"Rakannya memaklumkan 'ball pen gun' itu masih di tangan dan mangsa sempat memberitahu dadanya sakit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/06