Ajal tiga bersaudara

Ajal tiga bersaudara


Ajal tiga bersaudara

Posted: 08 Oct 2014 06:01 AM PDT

Belaga: Tiga lelaki dipercayai bersaudara maut manakala seorang lagi parah apabila sebuah Proton Saga bertembung pacuan empat roda dalam kemalangan berdekatan simpang Uma Belor, Sungai Asap, di sini, tengah hari tadi.

Kemalangan berlaku pada jam 12.30 tengah hari, mengorbankan Wallace Musa, Roger Emang Albert manakala seorang lagi belum dapat dikenal pasti identiti.

Sumber berkata, kemalangan berlaku apabila Toyota Hilux dipandu seorang lelaki merempuh kereta dinaiki empat bersaudara yang keluar dari simpang.

Katanya, rempuhan itu menyebabkan tiga daripada mereka maut di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala seorang lagi dikejarkan ke Hospital Bintulu.

Foto


Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Belaga Inspektor Miki Mohan Singh Ramdey ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kemalangan itu.


"Pada masa sama, kami berdepan masalah berikutan tiada liputan komunikasi berdekatan lokasi kemalangan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/08

Kru CB204 selamat pulang

Posted: 08 Oct 2014 12:28 AM PDT

Kota Kinabalu: Bot tempur CB204 bersama seorang pegawai dan empat kru selamat tiba di Pangkalan Wilayah 2 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Teluk Sepanggar kira-kira jam 12.50 tengah hari tadi.

Kehadiran Leftenan Azri Bakar, 27; Bintara Muda Ince Ewin, 40; Bintara Muda Nor Azuan Arifin, 34; Laskar Kanan Sulhajji Daah, 34; dan Laskar Kelas 1 Mohd Azhry Maani, 30, disambut Panglima Wilayah Laut 2 TLDM Teluk Sepanggar Datuk Mohammad Rosland Omar.

CB204 ditunda menggunakan CB211 merapati jeti pangkalan sebelum kehadiran lima kru tersebut disambut dengan tangisan kegembiraan ahli keluarga masing-masing.

Isteri kepada Azri, Leftenan Komander Fazilah Makun meluahkan rasa syukur kerana suaminya selamat.

Foto


"Alhamdulillah, saya amat bersyukur dan rasa berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia mendoakan CB204.


"Saya amat gembira hari ini," katanya sebaik menyambut ketibaan suaminya.

Turut kelihatan berlabuh KD Ganas dan KD Lekiu yang menyertai operasi mencari dan menyelamat CB204 sejak Ahad lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/08

Wanita maut, lima budak cedera

Posted: 07 Oct 2014 08:16 PM PDT

Bidor: Seorang wanita maut manakala enam lagi cedera termasuk lima kanak-kanak apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 367 Lebuhraya PLUS arah selatan, pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, anggota bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Bidor menerima panggilan kecemasan pada jam 2.04 pagi dan sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati wanita berkenaan yang juga penumpang MPV sudah meninggal dunia manakala enam lagi yang cedera sudah dihantar ke hospital berdekatan oleh orang awam.

Menurutnya, pihaknya mengeluarkan mayat mangsa dari kenderaan itu sebelum menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Akibat kemalangan itu kenderaan yang dinaiki mangsa mengalami kerosakan di bahagian depan," katanya.

Foto

KEADAAN kenderaan dinaiki mangsa. FOTO ihsan Bomba


Tambahnya, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Nasir Mohd Noor tamat jam 3.02 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/08

Mati rebut kawasan edar dadah

Posted: 07 Oct 2014 01:11 PM PDT

Tasek Gelugor: Dendam lama dan perebutan kawasan menjual dadah dipercayai punca seorang lelaki warga Myanmar maut ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian di Ladang Malakof, Pokok Machang, Tasek Gelugor, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 30-an ditemui mati dengan kepalanya terbelah manakala kedua-dua tangan hampir putus.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, siasatan awal mendapati suspek berang kerana mangsa menguasai kawasan berkenaan dengan menjadi pengedar dadah kepada rakan senegara mereka.

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa bersama seorang lagi rakan didatangi kumpulan lelaki terbabit yang bersenjata tajam.

Foto

ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke hospital bagi dibedah siasat.


"Rakan mangsa bagaimanapun sempat melarikan diri dan meminta bantuan penduduk kawasan itu," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/08

Mr David kaki kelentong

Posted: 07 Oct 2014 12:25 PM PDT

Kuala Lumpur: Menyamar sebagai ejen rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mahupun pegawai kastam menjadi taktik ampuh digunakan individu tidak bertanggungjawab untuk menipu orang ramai kononnya menawarkan kenderaan mewah dan telefon bimbit dengan harga murah sebelum menghilangkan diri.

Harian Metro difahamkan suspek yang menyamar sebagai ejen rasmi menjual kereta itu tidak akan bertemu dengan mangsanya sebaliknya hanya berurusan melalui panggilan telefon. Suspek akan menghilangkan diri selepas menerima deposit wang ataupun tempahan.

Manakala bagi kes penipuan penjualan telefon bimbit, ada kes suspek yang menyamar sebagai pegawai kastam dilapor menggunakan pejabat JKDM untuk memperdaya mangsanya.

Bagi kes penipuan penjualan telefon bimbit yang dilaporkan berlaku hujung tahun lalu itu, sumber JKDM memberitahu Harian Metro bahawa suspek menggunakan pejabat kastam di Kelana Jaya untuk meyakinkan mangsanya.

Foto

SEORANG mangsa penipuan menunjukkan laporan polis dan mesej yang diterima melalui telefon bimbit.


"Suspek yang mendakwa mahu menjual telefon bimbit seperti Blackberry ataupun Iphone dengan harga murah akan meminta mangsa (pembeli) bertemu dengannya di pejabat kastam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/08

Kecut perut balik asrama

Posted: 07 Oct 2014 12:10 PM PDT

Sepang: "Hanya semata-mata mahu mengambil buku pelajaran, kami memberanikan diri kembali ke kawasan asrama untuk mengambilnya. Untuk masuk ke sana, kami perlu melalui kawalan ketat yang dilakukan oleh kumpulan pemberontak," kata Abdullah Irfan Ahmad Dziauddin, 23.

Abdullah Irfan ialah seorang daripada pelajar Malaysia yang mengikuti Kursus Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Maahad Oxford, Sana'a, Yaman serta pulang ke negara ini berikutan pergolakan politik di negara itu.

Dia yang melanjutkan pengajian di sana kira-kira setahun berkata, keadaan tegang menyebabkan pihak universiti perlu berurusan dengan kumpulan pemberontak bagi membolehkan pelajar memasuki kawasan asrama untuk mengambil barangan peribadi.

"Rundingan yang dibuat juga mengambil masa agak lama dan kami terpaksa menunggu. Selepas dibenarkan masuk, kami perlu melalui pemeriksaan oleh kumpulan pemberontak yang lengkap bersenjata.

Foto

KUMPULAN pertama warga Malaysia dari Yaman yang dilanda krisis politik berdoa apabila tiba di KLIA.


"Sepanjang berada di dalam asrama, saya mengambil barangan peribadi termasuk buku dan kitab. Saya menyedari ada barangan lain seperti baju yang hilang termasuk rakan lain turut kehilangan barangan berharga," katanya ketika ditemui pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/08