Taasub bebola 'Badang'

Taasub bebola 'Badang'


Taasub bebola 'Badang'

Posted: 20 Jan 2014 02:15 PM PST

Kuala Lumpur: Akibat taasub ilmu mistik, seorang warga emas tergamak memaksa menantu lelakinya menelan 100 bebola besi yang setiap satu sebesar wang syiling lima sen kononnya supaya diri gagah dan hebat dalam seni mempertahankan diri.

Menantu itu yang mahu dikenali sebagai Ramlan, 28, berkata, mentuanya mendakwa mempunyai kekuatan luar biasa selepas menelan 100 bebola besi beberapa tahun lalu.

Berikutan itu, katanya, ayah mentuanya yang berusia 60-an memaksanya berbuat demikian supaya kerja mereka sebagai penyelia keselamatan di tapak pembinaan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

"Ayah mahu saya mengikuti upacara 'telan besi' dikendalikan seorang bomoh warga Indonesia di Gombak, tapi saya tak mahu terbabit dengan ilmu karut itu.

Foto

RAMLAN bersama anaknya.


"Akibatnya, saya dibuang kerja dan saya nekad membawa isteri serta anak keluar dari rumah mentua. Tapi, ayah semakin marah dan kini sering mengganggu kami," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/21

Ikut siling pun tak lepas

Posted: 20 Jan 2014 02:15 PM PST

Oleh Mohd Husni Mohd Noor, Salman Hamat, Fardy Bungah, Na'imah Mohamed, Azma Razana Johari, Nursaliawati Salberi, Helmy Abdul Rahman dan Shamsul Munir

CUBA lari dengan memanjat siling di Pulau Pinang dan baling batu di Kota Kinabalu belum dapat melepaskan pendatang asing tanpa izin (Pati) daripada dicekup pihak berkuasa yang melancarkan operasi besar-besaran, di seluruh negara, bermula tengah malam tadi.

Di PUTRAJAYA, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengotakan janjinya apabila mengetuai lebih 500 penguatkuasa dalam operasi besar-besaran mengempur Pati yang dijalankan serentak di seluruh negara, sebentar tadi.

Ahmad Zahid menyertai lebih 500 penguatkuasa membabitkan Jabatan Imigresen Malaysia; Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela); Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menyerbu sarang Pati berdekatan projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di Sepang.

Ketika melancarkan operasi sebentar tadi, Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak akan berlembut lagi terutama dalam usaha membanteras Pati di negara ini.

Foto

SEORANG warga asing tanpa izin gagal menyembunyikan diri di atas siling ketika operasi di flat Taman Pelangi Juru, awal pagi tadi. FOTO Amir Irsyad Omar

Foto

SEORANG warga asing tanpa izin gagal menyembunyikan diri atas siling ketika operasi di flat Taman Pelangi Juru, awal pagi tadi. FOTO Amir Irsyad Omar


Menurutnya, kerajaan sudah memberi tempoh mencukupi buat majikan untuk mendaftarkan pekerja asing mereka terutama menerusi Program Khas Pemutihan Pati (PKPP) yang baru sahaja tamat jam 12 malam tadi.


"Kami tidak mahu kerajaan dituduh 'tin kosong' justeru, saya sendiri turun untuk menyertai operasi ini hari ini," katanya.

Justeru, katanya, operasi ini dilancarkan serentak seluruh negara bagi memastikan Pati diusir dari Malaysia.

Sementara itu, katanya, pihaknya tidak akan melanjutkan tempoh PKPP kerana tempoh diberikan sebelum ini sudah mencukupi.

Hadir sama pada operasi berkenaan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia.

Di JURU, 102 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen, Jabatan Sukarelawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Pendaftaran negara menjalankan pemeriksaan di flet di Taman Pelangi, di sini, terkenal sebagai penempatan warga asing.

Dalam pemeriksaan Op Pati bermula 1 pagi tadi, 40 warga asing dari Indonesia, Bangladesh dan Vietnam termasuk dua kanak-kanak ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen.

Pihak berkuasa terpaksa memecahkan pintu premis berikutan kengganan warga asing memberikan kerjasama ketika pemeriksaan dijalankan.

sehingga jam 1.30 pagi tadi proses semakan dokumen masih dijalankan ada warga asing dikesan bersembunyi dalam tangki air.

Di KUALA LUMPUR, 230 anggota daripada pelbagai agensi kerajaan terbabit dalam operasi Op 6p Bersepadu yang diketuai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Dalam operasi membabitkan enam agensi antaranya 52 anggota Jabatan Imigresen Malaysia, 55 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), RELA (44), JPAM (12), DBKL (50) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Di SHAH ALAM, 19 warga asing termasuk seorang wanita ditahan dalam operasi besar-besaran kawasan rumah kongsi di Denai Alam, di sini, bermula jam 12 tengah malam tadi.

Timbalan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Imigresen Selangor Othman Montil berkata operasi disertai 33 pegawai dan anggota dari Imigresen Selangor, 33 anggota RELA dan empat pegawai dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Di KUALA TERENGGANU, 154 anggota terdiri Imigresen, RELA, SPRM, JPAM dan JPN negeri mengadakan Ops Pati di sini bermula jam 12.45 pagi.

Anggota penguatkuasa dibahagikan kepada tujuh kumpulan yang ditugaskan memeriksa antara tujuh hingga 20 lokasi sekitar bandar raya ini.

Dalam operasi pertama dilakukan di sebuah rumah sewa berhampiran Pantai Batu Burok, anggota penguat kuasa memerlukan kira-kira setengah jam mengetuk dan mengarahkan pintu rumah dibuka sebelum seorang lelaki India berusia lewat 30-an muncul membuka pintu.

Enam PATI ditahan kerana kesalahan permit kerja tamat tempoh.

Di ARAU, 26 termasuk 25 lelaki dan seorang wanita Pati ditahan dalam Operasi 6P bersepadu.

Di dalam operasi yang bermula pada 12.30 tengah malam dan berakhir 2 pagi itu beberapa agensi penguatkuasa menyerbu dua lokasi berasingan di Ulu Pauh di sini.

Ketua Operasi, Mohd Zulhilmi Zulkifly, berkata 50 anggota penguatkuasa terdiri daripada PDRM, JPAM, Rela,JPN dan Imigresen menahan kesemua mereka terdiri daripada 10 warga Myammar,14 Bangladesh dan dua dari Indonesia itu.

Zulhilmi yang juga Timbalan Pengarah Imigresen negeri itu berkata seramai 99 orang diperiksa dibdalam operasi berkenaan.

"Operasi yang dianggap berjaya ini berjalan lancar dan antara kesalahan yang didapati dilakukan adalah tidak memiliki permit kerja dan dokumen perjalanan tamat tempoh.

"Kesemua mereka yang ditahan akan dihantar ke Kompleks Imigresen negeri bagi tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/21

77 hangus, 25 selamat

Posted: 20 Jan 2014 02:14 PM PST

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 77 kereta hangus manakala 25 lagi dapat diselamatkan dalam kebakaran sebuah bengkel di Batu 8, Selayang, di sini, kira-kira 8 malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran berkenaan pada 8.08 malam.

"Dua belas anggota diperkuatkan dengan dua jentera dari Balai Bomba Selayang dan Balai Bomba Gombak bergegas ke lokasi kejadian.

"Kita tiba di lokasi kebakaran lima minit kemudian sebelum usaha memadam kebakaran berkenaan dilakukan," katanya.

Foto

Foto


Menurutnya, pihaknya mengambil hampir sejam bagi mengawal kebakaran berkenaan.


"Siasatan awal mendapati 77 kereta hangus manakala 25 lagi dapat diselamatkan. Tiada kecederaan dilaporkan, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/21

BAM nafi 'cemas'

Posted: 20 Jan 2014 12:08 PM PST

Kuala Lumpur: Hasrat pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei untuk bersara penghujung tahun ini tidak mendapat restu Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Presidennya Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff berkata, sekiranya Chong Wei masih berada dalam keadaan yang baik serta bebas daripada sebarang kecederaan, badan induk itu berharap pemain berusia 31 tahun dapat meneruskan kariernya sebagai pemain.

Menafikan BAM 'cemas' dengan pengumuman mengejutkan Chong Wei itu, Tengku Mahaleel menegaskan pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pemain yang baru memenangi saingan Siri Super Premier Terbuka Malaysia itu dalam masa terdekat.

"Itu hasrat dia (Chong Wei) saja. Kita (semua) ada banyak hasrat.

Foto

TENGKU Mahaleel (dua dari kanan) bertukar dokumen dengan Pengarah Kumpulan XOX Berhad, Datuk Eddie Chai (dua dari kiri).


"Kadang-kadang saya nak pergi ke bulan, tapi tak boleh. Apapun, nanti kita akan bincang dengan dia.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/21

Suka bekerja di belakang tabir

Posted: 20 Jan 2014 07:12 AM PST

Kemunculannya menerusi filem Wayang pada 2008, melayakkan Mas Nor Muharni Sheikhah Mohd Sattar atau Mas Muharni dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Harapan pada Festival Filem Malaysia Ke-21.

Aktif berlakon beberapa filem seperti Mantra dan Jangan Pandang Belakang Congkak, graduan Diploma Seni Persembahan dari UiTM, Shah Alam ini seakan menyepikan diri daripada bidang seni. Kelibatnya semakin hilang sejak membuat keputusan keluar dari pengurusan MIG.

Hanya, baru-baru ini Mas membuat kemunculan semula menerusi drama Tangisan Bulan Madu, Lagenda Langkawi dan terbaru Besan Tiga Segi yang sedang ditayangkan menerusi slot Senda Pagi di TV3 setiap Isnin dan Selasa.

Menjawab persoalan ini, Mas mengakui terpaksa berehat seketika kerana memakai 'braces'. Bagaimanapun, pada masa sama dia juga berbuat demikian kerana kecewa dengan permainan dalam industri seni tanah air.


"Saya terpaksa tolak beberapa tawaran kerana tak sesuai dengan keadaan saya. Namun yang paling menyakitkan ialah apabila didatangi tawaran yang bayarannya tak berapa nak sedap. Jadinya saya buat keputusan untuk menolak.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/21